::In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful::Assalammualaikum & Hye! I'm Farahani. Welcome to a place where i put my ideas & my stories. My Goal is just to please Allah. May we inspire each other. InsyaAllah. Pray for me ya.(^_^)Selalu senyum, selalu sangka baik, insyaAllah hati tenang ~::

Followers

Tuesday, September 3, 2013

Awak...sensitiflah sikit...

Bismillah,

‘masa adalah suatu yang sangat berharga. Ia akan pergi begitu saja jika kita tidak gunakan dengan baik.  Masa tetap akan bergerak. Jangan sampai kita menyesal dikemudian hari, kerana masa tidak boleh diundurkan oleh sesiapapun di dunia ini’- (Mama)

Pantasnya masa berlari. Bergerak dengan kehendak-Nya. Aku Alhamdulillah masih disini hari ini. melalui masa itu. Melalui saki baki penghujung cuti semesterku. Esok entah ada, entah tiada. Diri ini kugagahi jua untuk menulis kerana otakku ligat memutarkan suatu isu yang buat aku tak boleh henti berfikir, seakan-akan banyak ayat sedang menari berpusu-pusu diminda meminta aku untuk menulisnya. Sesekali syaitan-syaitan negatif tu datang menganggu fikiranku dengan lemah lembut ‘janganlah tulis, bukan ada orang baca juga..bukan ramai orang baca juga’. Ah.. biarlah tak ramai atau tiada siapa yang membaca. Aku tetap akan menulis. Aku menulis sebab aku memang minat menulis, walaupun tiada yang membacanya aku tak kisah, namun aku yakin Allah sentiasa ada. Tetap di situ. Memerhati aku. Memerhati kamu. Biarlah Dia sahaja yang menilai segalanya. Itu lebih baik.

‘Sensitif’.
Tak sensitif susah. Terlampau sensitif juga susah. Jadi?. Sungguh aneh rasa itu. Boleh berubah sekelip mata. Pagi rasa sedih, petang pula rasa gembira, malam pula rasa gelisah. Oh. Berkuasanya Allah. Jika Dia kata jadi maka jadilah ia. Allah, Pemilik & pemegang hati-hati kita. Bukan hati aku saja, bukan hati kamu saja, malahan Allah pemilik & pemegang hati-hati berbilion-bilion orang didunia ini. Boleh bayangkan?. MashaAllah. Hebatnya Engkau ya Allah. Engkau Pencipta segala rasa yang kami rasa didunia ini. Engkau boleh menciptakan dan juga boleh menghilangkannya dengan sekelip mata.
Semua orang ada ibu. Pernah ada ibu ataupun sedang ada ibu. Sound weird? . Itu pemahaman aku. Jika tak faham cuba fikir berulang kali. Biar sensitif sikit otak tu untuk rajin berfikir. Kan…
kita sayang ibu kita, kita ungkap kata I love You, Saya sayang mama, sms, call, bagi hadiah,  buat video, letak kat status Fb, letak dekat twitter, Instagram dan macam-macam lagi alternatif yang kita guna untuk meluahkan yang kita sayang ibu kita. MashaAllah. Semoga semua itu diterima Allah. Semoga sayang kita itu bertambah erat dan memberi kebaikan pada kita & keluarga didunia & akhirat. Amin.

Baru-baru ni  aku tersentak dengar satu ayat ni. ‘ AWAK SENSITIFLAH SIKIT’. Bukan tak pernah dengar. Pernah. Namun, Baru kali ni seakan-akan tersentuh sekaligus terfikir akannya.

Kita sensitif tak tentang ibu kita?

Awak kata awak sayang ibu awak, namun sensitifkah hati awak bila nampak ibu awak tengah angkat pakaian dari jemuran dengan tergesa-gesanya kerana hujan  turun. Apa tindakan awak ketika melihat situasi itu?

Awak kata awak sayang ibu awak, namun sensitifkah hati awak bila tengok ibu awak sedang memasak didapur , tapi awak buat tak tahu..berlalu dan pergi begitu saja untuk buat hal/kerja awak tanpa sedikit pun penjelasan atau kata-kata seperti ‘ ma, saya ada kerja sikit daripada pensayarah nak disiapkan. Maafkan saya sebab tak dapat tolong mama didapur’

Awak kata awak sayang ibu awak, namun pernah tak awak ambil tahu warna kegemaran ibu awak? Makanan kegemaran ibu awak? Impian dan harapannya? mungkin awak tak pernah nak ambil tahu pun atau tak pernah nak tanya atau bercerita tentang itu. Awak asyik sibuk dengan apa yang awak rasa. Rasa ibu awak? Awak..sensitiflah sikit.

Awak kata awak sayang  ibu awak, namun sensitifkah hati awak  dengan peringatan dari Allah bahawa janganlah berkata kasar dengan ibubapamu walaupun dengan perkataan ‘Ah’.
Awak kata awak sayang ibu awak, namun sensitifkah hati awak untuk mendoakan ibubapa awak?  Sensitifkah awak dalam menjaga solat awak? Sensitifkah awak dengan saudara-mara ibu awak? Bagaimana layanan awak dengan ibu awak?

Awak kata awak sayang ibu awak, namun sensitifkah awak dengan teguran, peringatan, dan nasihat darinya? Pernah tak awak catat nasihat ibu awak? Atau awak bagai buat endah tak endah dengan nasihatnya. Mungkin dilupai dan tak pernah diingatipun. Atau mungkin masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Awak..sensitiflah sikit.

Awak kata awak sayang ibu awak, namun sensitifkah hati awak dengan kerinduan ibu awak? Awak belajar dekat/ jauh, itu bukan halnya. Yang pasti, Ibu awak sentiasa rindu awak. Rindu untuk ada sedikit masa untuk berbual-bual dengan awak. Meluangkan masa dengan awak walau hanya beberapa minit. Walau hanya sekadar mengucapkan ‘ apa khabar mama hari ni? Dan sedikit senyuman dan salaman lembut sebelum berangkat ke sekolah/ mana-mana sahaja’ ataupun perbualan melalui telefon jika belajar jauh. Namun masalahnya sensitifkah awak? Berat sangatkah lidah awak itu untuk berkata yang baik-baik untuk ibu awak. Pernah tak awak terfikir andai awak tiba-tiba menjadi seorang yang bisu atau pernahkah awak terfikir jika Allah uji awak dengan ibu awak seorang yang bisu?


Awak..tak kisahlah awak lelaki atau perempuan. Awak perlu sensitive hal-hal berkaitan ibu awak. Sensitif di sini bermaksud awak ambil peduli, ambil berat tentang ibu awak. Kita sedia maklum, Semua yang ada didunia ini sebagai pinjaman saja buat kita. Sampai masanya, Ibu juga akan kembali menghadap illahi dan tak akan kembali-kembali lagi. 

Idea terberhenti..Tiada lagi ayat yang menari-nari di otakku..rasanya sampai sini saja. 
Maaf salah dan silap. Tulisan ini ditujukan khas untuk menampar diri sendiri . Sebagai peringatan buat diri saat ini, saat akan datang & seterusnya, InshaaAllah. May Allah bless us. Amin.
Keep this in mind: Allah sentiasa bersama saya, Allah sentiasa melihat saya, Allah sentiasa membantu saya. 

Farah:
Ma, maafkan farah atas salah dan silap. Banyak kelemahan & keterlanjuran kata dan tindakan yang farah buat. Farah minta maaf. May Allah bless you. I love you so much ma. :') . Cinta & sayang ini asalnya dari Syurga. Semoga cinta & sayang ini diredhai Allah dan membawa ke Syurga-Nya ..Amin..Take care ma, semoga Allah memberi kesihatan yang baik pada mama agar mudah untuk beribadah kepadaNya. Semoga hidayah dan rezekiNya sentiasa dicurahkan pada mama. Terus tabah & sabar. Aku tahu mama kuat. Yeah, mama memang kuat!! Mama perlu tahu yang ' Allah sangat sayang mama, sangat.. sebab tu Allah uji..kan..hehe..ma, i love & miss u always.  Mama sangat cantik, baik :) 

entry TAMMAT...suka? like jer..

No comments: