Segala
puji bagi Allah tuhan semesta alam.
Selawat serta salam buat Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat
baginda.
‘Memerhati’
Satu
hal yang semua orang pernah buat. Bukan blur, bukan janggal pun, kan.. Mungkin
selalu. Mungkin kadang-kadang. Namun kekerapan pemerhatian itu bukanlah hal yang saya mahu tuliskan
dengan terperinci dalam entry kali ini. Pernahkah kita terfikir bahawa
memerhati juga adalah salah satu cara bagi kita mengutip pelajaran sekaligus
membuka minda kita agar matang peribadi, luas sisi pandangan dan lebih teliti
dan sensitif dalam hal-hal yang berkaitan diri, keluarga, masyarakat, negara,
alam dan sebagainya.
Professionalkah
kita dalam memerhati? Apa yang kita perhati?
Allah berfirman dalam Al-Quran (Surah Al-Hasyr: Ayat 18) yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
Allah berfirman dalam Al-Quran (Surah Al-Hasyr: Ayat 18) yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
Seperti
yang kita tahu bermacam-macam keindahan alam yang Allah ciptakan boleh kita
perhati di dunia ini. Jika anda pernah memerhatinya, congrates to you. Because
Allah choose you. Allah choose you.
Sebagai
contoh mari kita memerhati Air sungai/
Air laut yang mengalir :
Individu
A mendapati bahawa air itu bergerak dengan tenang, mempunyai bunyi yang lembut
lagi menenangkan dan air itu jernih.
Individu
B mendapati bahawa air yang mengalir itu boleh diminum, di dalamnya ada ikan
boleh memancing, boleh berenang dan air itu juga boleh menjana tenaga elektrik.
Individu
C mendapati bahawa air yang mengalir itu digunakan manusia untuk membuang
sampah, membuang bahan-bahan kimia akhirnya boleh mencemarkan kualiti air
membawa penyakit pada hidupan dalam habitat itu dan manusia sendiri.
Baru
tiga individu yang memerhati. Namun terjemahan dari pemerhatian mereka adalah
berbeza. Dari situ kita boleh memahami bahawa setiap orang mempunyai hasil
pemerhatian dan pendapat yang berbeza dari apa yang dilihatnya. Mungkin bagi
orang ini, ianya biasa saja, namun tidak bagi orang itu. Kecil bagi orang ini,
namun besar bagi orang itu dan begitulah sebaliknya. Dan begitu juga dalam
semua hal di kehidupan ini. Tidak terkecuali dalam memerhati itu sendiri. Dan
kesan dari memerhati juga berbeza bagi setiap individu itu kerana ia bergantung
dengan professionalkah seseorang itu dalam memerhati?
Saya
tidak mahu memanjang-manjangkan lagi. Saya akui saya juga memerhati seperti
anda. Perkara yang saya perhati dengan apa yang anda perhati mungkin sama
mungkin tidak. Namun itu bukanlah soalannya. Cuma sejauh mana kita ‘memerhati’
itu membawa kesan kepada diri kita.
Memerhati
bukanlah suatu yang remeh. Bukan sesuatu yang patut disia-siakan. Once again,
because Allah choose you, maka memerhatilah. Masakan tidak, Allah anugerahkan
kita sepasang mata, paling tidak pun hingga ke hari ini, saat ini. Selepas ini?
Allahualam. Namun, berbeza dengan manusia yang Allah uji dengan kurang dari
segi penglihatan, buta, rabun yang memerlukan kanta pembesar dan lain-lain
lagi. Pernahkah kita terfikir akannya, terfikir akan mereka. Lihat, dengan itu
saja kita boleh mengambil iktibar, memandangnya sebagai suatu yang patut kita insafi dan syukuri dengan
pemberian yang Allah telah beri pada kita selama ini. Itu lah ia sepasang mata.
Mata yang membantu kita untuk memerhati.
Memerhati
bagi setiap individu itu berbeza. Saya memerhati. Anda memerhati. Kita
memerhati. Namun selamanya, Pemerhati yang Maha Adil, Mahateliti, Maha Mengetahui ialah Allah s.w.t. Bagi kita yang
namanya manusia ini, hasil
memerhati adakalanya positif, kita
gembira, senang, senyum dan sebagainya. Namun adakalanya hasil memerhati itu
juga negatif, kita susah, sedih dan sebagainya. Bergantung pada sikap kita,
motivasi dalam diri kita, prasangka yang baik dengan Allah dan cara kita
memandang sesuatu itu. Bukankah ia jelas menunjukkan bahawa memerhati itu
sesuatu yang hebat? Hebat kerana apa? Sebab Allah juga memerhati. Sentiasa.
Memerhati kita tiap ketika. Allah Mahateliti dari sekecil-kecil hal kepada
sebesar-besar hal. Malahan, anda sedang memerhati itu ini, Allah juga memerhati anda. Malaikat
pula sedia mencatat apa yang patut, samaada pahala atau dosa dari apa yang kita
perhati itu.
Apakah
(pantas) Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Mahahalus, Maha
Mengetahui. (Surah Al-Mulk: Ayat 14)
Saya
ingin mengajak diri saya dan anda untuk selalulah kita bermonolog dalam hati
ketika memerhati contohnya:
1. Nabi Muhammad. Engkau adalah seorang
yang taat kepada Allah. Rajin beribadat dan memohon ampun kepada Allah. Sungguh
engkau adalah sebaik-baik contoh teladan bagi kami. Akhlakmu yang
indah.Terpegun aku dengan contoh tauladan penuh hikmah yang engkau tunjukkan
dalam mentadbir negara, rumahtangga dan manusia suatu ketika dulu. Engkau juga
berkorban banyak hal demi kami. Demi islam. Sungguh besar pengorbanan mu wahai
kekasih Allah. Ya Allah, bantulah aku untuk lebih mengenali Nabi Muhammad
s.a.w, keluarganya dan sahabatnya, bantulah aku untuk mengamalkan sunnahnya,
bantulah aku untuk mencontohi akhlaknya, bantulah aku untuk sentiasa
meringankan lidah ini untuk berselawat kepadanya dan membasahi lidah ini dengan
berzikir & beristighfar kepada-Mu.
2. Daun, bagusnya engkau daun. Sentiasa
berzikir, memuji Allah siang dan malam. Tak pernah henti. Aku? Kau juga
sentiasa patuh pada Allah, memberikan oksigen pada kami manusia dengan izinNya.
Namun daun, engkau juga boleh berhenti memberi oksigen juga dengan kehendakNya
kan? :’ . Daun, engkau juga berguna pada manusia, dirimu dikaji, dilihat melalui
microscope, kadang-kala engkau dijadikan sebagai ubat, herba dan lain-lain.
Owh,banyaknya kegunaanmu wahai daun yang Allah ciptakan ..daun..terima kasih
atas jasamu. Terima kasih ya Allah sebab menciptakan daun.
Langit yang tujuh, bumi dan semua
yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun
melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih
mereka. Sungguh Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun.
( surah Al-isra’: Ayat 44)
Allah
Maha mengetahui akan diri kita. Dia amat memahami & menyayangi kita. Maka
memerhatilah. Semoga sahaja nikmat mata yang Allah anugerahkan kepada kita digunakan
dengan baik. Perlahan-lahanlah, Allah tahu kemampuanmu. Namun jangan sampai
tidak bergerak langsung. Kita memerhati melalui situasi/ apa yang ada didepan
mata kita, kemudian kita berfikir, kemudian otak menterjemah situasi yang
berlaku. Itulah proses yang berulang-ulang dalam memerhati. Namun kesannya
adalah berbeza. Ya berbeza. Namun ‘memerhati yang proffessional’ ialah
pemerhati yang sentiasa bersangka baik pada Allah, memandang sesuatu itu
sebagai satu yang harus dikutip sebagai pelajaran & boleh dimanfaatkan
dalam hidup sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Mari
kita lihat, baca dan hayati terjemahan ayat-ayat Al-Quran ini:
Kami
telah menciptakan kamu, mengapa kamu tidak membenarkan (hari berbangkit)?. Maka
adakah kamu perhatikan, tentang (benih manusia) yang kamu pancarkan. Kamukah
yang menciptakannya ataukah Kami penciptanya?. ( Surah Al-Waqi’ah: Ayat 57-59)
Pernahkah
kamu perhatikan benih yang kamu tanam?. Kamukah yang menumbuhkkannya ataukah Kami
yang menumbuhkan?. ( Surah Al-Waqi’ah: Ayat 63-64)
Pernahkah
kamu memerhatikan air yang kamu minum?. Kamukah yang menurunkannya dari awan
ataukah Kami yang menurunkan?. Sekiranya kami menghendaki, nescaya kami
menjadikannya masin, mengapa kamu tidak bersyukur?. Maka pernahkah kamu
memerhatikan tentang api yang kamu nyalakan (dengan kayu)?. Kamukah yang
menumbuhkan kayu itu ataukah Kami yang menumbuhkan?. (Surah Al-Waqi’ah: Ayat
68-72)
Tidakkah
mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya
di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (diudara) selain Yang Maha Pengasih?.
Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu. (Surah Al-Mulk: Ayat 19)
Minta
maaf salah dan silap. Tulisan ini adalah peringatan & tamparan buat diri
sendiri terutamanya. Tegurlah saya andai berlaku kesilapan dan kekurangan dalam
tulisan ini. Allah sentiasa bersama kita. Allah sentiasa melihat kita. Allah
sentiasa memberi pertolongan kepada kita. Percaya itu. Keep on doa & recite
Al-Quran. May Allah bless us. Amin.
Sekian,
Farahani
Md Noor,
5.48
am, 28 ogos 2013, Rabu,
Kota Kinabalu, Sabah.
No comments:
Post a Comment