::In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful::Assalammualaikum & Hye! I'm Farahani. Welcome to a place where i put my ideas & my stories. My Goal is just to please Allah. May we inspire each other. InsyaAllah. Pray for me ya.(^_^)Selalu senyum, selalu sangka baik, insyaAllah hati tenang ~::

Followers

Saturday, November 2, 2013

dengarlah dulu..


Mencari idea itu bukan mudah,
menyampaikan idea yang kita fikir itu juga bukan mudah,
Jika Allah tak izin, awak takkan ada idea juga..awak takkan boleh berkata..
kena ingat itu...
medium pemikiran kita berbeza,
ada yang rasa idea ini baik, ada yang rasa idea ini kurang baik, dan sebaliknya,
dalam hal ini, bertimbang rasa lah..jangan terlalu ikut rasa kita sahaja..jangan juga berharap idea kita saja yang betul, idea kita saja harus didengari,
sebagaimana kita rasa idea kita perlu didengar, macam tu juga orang lain..
dengarkan dia, jangan anggap idea orang lain itu buruk, tak hebat macam kita, tak matang macam kita, dan mungkin sampai ke tahap kita ketawakan idea dia dalam hati, secara umum, atau mengata dibelakang..
berbaik sangkalah dengan idea orang lain,
ini adalah salah satu cara Allah uji kita
dengan perbezaan idea & corak pemikiran ..
Allah nak kita belajar sesuatu..
belajar apa?
Belajar untuk berbaik sangka, bertimbang rasa, bersabar, berfikir, dan banyak lagi..

entry TAMMAT...suka? like jer..

kita selalu berharap Allah dekat dengan kita..tapi cara hidup kita..mendekat/ menjauh dari Allah?

kita selalu berharap Allah dekat dengan kita..tapi cara hidup kita..mendekat/ menjauh dari Allah? :"(

Allah tetap disitu,

sentiasa memerhati,
sentiasa memberi,
cuma ...
kita..mendekat/ menjauh dari Allah? 
Hari silih berganti..
Kematian semakin mendekati, mustahil semakin menjauhi..
dan kita..mendekat/ menjauh dari Allah?
banyak hint, banyak cara Allah nak tegur kita
,untuk kembali kepadaNya,
tiap-tiap hari ada..
cuma kita..
nampak atau tak,
sedar atau tak.
itu teguran dari DIA,
kita..mendekat/ menjauh dari Allah?

Allah is the most forgiving..Allah Maha Pengasih, Allah juga Maha penyayang,Siapa kita semalam, adalah pengajaran. Yang penting, siapa kita hari ini dan hari yang mendatang. Bertaubatlah, Allah tunggu tu..Berusahalah tanpa henti untuk menjadi baik hari demi hari, ikut kemampuan..then tambah perlahan-lahan..Semoga KITA semakin dekat dengan Allah..

entry TAMMAT...suka? like jer..

Saturday, October 12, 2013

sayangilah kanak-kanak :)

Bina lah sifat kasih sayang & lembut pada kanak-kanak.
Pupuklah ia agar terus bertambah lagi dan lagi setiap hari..
Biar awak nampak lagi sweet!! Lagi cute..
Nabi Muhammad pun sangat kasih pada kanak-kanak..Tak percaya?
Pergi kaji dan baca balik kisah-kisah tentang itu..  
kanak-kanak adalah salah seorang yang membuatkan hidup ni lebih ceria.
kadang-kala kesabaran kita diuji melalui kanak-kanak,
Belajarlah sesuatu melalui mereka,
Awak pun pernah jadi kanak-kanak juga.
Mungkin ada memori yang awak ingat, ada yang tidak.
Dan sudah tentu zaman kanak-kanak awak itu, ada yang buat awak tersenyum dan ada yang buat awak menangis.
Please..
They deserved ...to be love..by us..
Didiklah mereka dengan ilmu agama, kenalkan mereka dengan Allah, dan bantulah mereka,
Awak..Belajarlah..Berlatihlah..saya juga begitu..doakan saya untuk menyayangi semua kanak-kanak didunia ni..mereka sangat comel..

*Bergembiralah awak, bahagialah awak, awak..yang menyayangi kanak-kanak..awak yang luar biasa dalamnya sayang pada kanak-kanak..Saya cukup terharu sebab adanya awak-awak yang menyayangi kanak-kanak. Saya cukup terharu dan gembira bila tengok orang yang sayang pada kanak-kanak.
Berkasih sayanglah kerana Allah. Semoga Allah memberkatimu. Semoga kasih sayang awak dengan kanak-kanak di catat sebagai ibadah kepada Allah. Jadikan ianya ladang pahala kita..kita tak tahu kan, mana satu amal yang diterima Allah. Mungkin saja ini..mungkin saja itu..Soal itu, biarlah Allah yang menilai. Allah kan Maha Adil..



*saya jatuh cinta dengan psikologi pendidikan pun sebab kanak-kanak..saya nak tebus balik kesalahan saya yang dulu dalam melayan kanak-kanak. Saya nak tahu cara yang betul, cara yang Nabi ajar, cara yang Allah redha..




entry TAMMAT...suka? like jer..

Tuesday, September 3, 2013

Awak...sensitiflah sikit...

Bismillah,

‘masa adalah suatu yang sangat berharga. Ia akan pergi begitu saja jika kita tidak gunakan dengan baik.  Masa tetap akan bergerak. Jangan sampai kita menyesal dikemudian hari, kerana masa tidak boleh diundurkan oleh sesiapapun di dunia ini’- (Mama)

Pantasnya masa berlari. Bergerak dengan kehendak-Nya. Aku Alhamdulillah masih disini hari ini. melalui masa itu. Melalui saki baki penghujung cuti semesterku. Esok entah ada, entah tiada. Diri ini kugagahi jua untuk menulis kerana otakku ligat memutarkan suatu isu yang buat aku tak boleh henti berfikir, seakan-akan banyak ayat sedang menari berpusu-pusu diminda meminta aku untuk menulisnya. Sesekali syaitan-syaitan negatif tu datang menganggu fikiranku dengan lemah lembut ‘janganlah tulis, bukan ada orang baca juga..bukan ramai orang baca juga’. Ah.. biarlah tak ramai atau tiada siapa yang membaca. Aku tetap akan menulis. Aku menulis sebab aku memang minat menulis, walaupun tiada yang membacanya aku tak kisah, namun aku yakin Allah sentiasa ada. Tetap di situ. Memerhati aku. Memerhati kamu. Biarlah Dia sahaja yang menilai segalanya. Itu lebih baik.

‘Sensitif’.
Tak sensitif susah. Terlampau sensitif juga susah. Jadi?. Sungguh aneh rasa itu. Boleh berubah sekelip mata. Pagi rasa sedih, petang pula rasa gembira, malam pula rasa gelisah. Oh. Berkuasanya Allah. Jika Dia kata jadi maka jadilah ia. Allah, Pemilik & pemegang hati-hati kita. Bukan hati aku saja, bukan hati kamu saja, malahan Allah pemilik & pemegang hati-hati berbilion-bilion orang didunia ini. Boleh bayangkan?. MashaAllah. Hebatnya Engkau ya Allah. Engkau Pencipta segala rasa yang kami rasa didunia ini. Engkau boleh menciptakan dan juga boleh menghilangkannya dengan sekelip mata.
Semua orang ada ibu. Pernah ada ibu ataupun sedang ada ibu. Sound weird? . Itu pemahaman aku. Jika tak faham cuba fikir berulang kali. Biar sensitif sikit otak tu untuk rajin berfikir. Kan…
kita sayang ibu kita, kita ungkap kata I love You, Saya sayang mama, sms, call, bagi hadiah,  buat video, letak kat status Fb, letak dekat twitter, Instagram dan macam-macam lagi alternatif yang kita guna untuk meluahkan yang kita sayang ibu kita. MashaAllah. Semoga semua itu diterima Allah. Semoga sayang kita itu bertambah erat dan memberi kebaikan pada kita & keluarga didunia & akhirat. Amin.

Baru-baru ni  aku tersentak dengar satu ayat ni. ‘ AWAK SENSITIFLAH SIKIT’. Bukan tak pernah dengar. Pernah. Namun, Baru kali ni seakan-akan tersentuh sekaligus terfikir akannya.

Kita sensitif tak tentang ibu kita?

Awak kata awak sayang ibu awak, namun sensitifkah hati awak bila nampak ibu awak tengah angkat pakaian dari jemuran dengan tergesa-gesanya kerana hujan  turun. Apa tindakan awak ketika melihat situasi itu?

Awak kata awak sayang ibu awak, namun sensitifkah hati awak bila tengok ibu awak sedang memasak didapur , tapi awak buat tak tahu..berlalu dan pergi begitu saja untuk buat hal/kerja awak tanpa sedikit pun penjelasan atau kata-kata seperti ‘ ma, saya ada kerja sikit daripada pensayarah nak disiapkan. Maafkan saya sebab tak dapat tolong mama didapur’

Awak kata awak sayang ibu awak, namun pernah tak awak ambil tahu warna kegemaran ibu awak? Makanan kegemaran ibu awak? Impian dan harapannya? mungkin awak tak pernah nak ambil tahu pun atau tak pernah nak tanya atau bercerita tentang itu. Awak asyik sibuk dengan apa yang awak rasa. Rasa ibu awak? Awak..sensitiflah sikit.

Awak kata awak sayang  ibu awak, namun sensitifkah hati awak  dengan peringatan dari Allah bahawa janganlah berkata kasar dengan ibubapamu walaupun dengan perkataan ‘Ah’.
Awak kata awak sayang ibu awak, namun sensitifkah hati awak untuk mendoakan ibubapa awak?  Sensitifkah awak dalam menjaga solat awak? Sensitifkah awak dengan saudara-mara ibu awak? Bagaimana layanan awak dengan ibu awak?

Awak kata awak sayang ibu awak, namun sensitifkah awak dengan teguran, peringatan, dan nasihat darinya? Pernah tak awak catat nasihat ibu awak? Atau awak bagai buat endah tak endah dengan nasihatnya. Mungkin dilupai dan tak pernah diingatipun. Atau mungkin masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Awak..sensitiflah sikit.

Awak kata awak sayang ibu awak, namun sensitifkah hati awak dengan kerinduan ibu awak? Awak belajar dekat/ jauh, itu bukan halnya. Yang pasti, Ibu awak sentiasa rindu awak. Rindu untuk ada sedikit masa untuk berbual-bual dengan awak. Meluangkan masa dengan awak walau hanya beberapa minit. Walau hanya sekadar mengucapkan ‘ apa khabar mama hari ni? Dan sedikit senyuman dan salaman lembut sebelum berangkat ke sekolah/ mana-mana sahaja’ ataupun perbualan melalui telefon jika belajar jauh. Namun masalahnya sensitifkah awak? Berat sangatkah lidah awak itu untuk berkata yang baik-baik untuk ibu awak. Pernah tak awak terfikir andai awak tiba-tiba menjadi seorang yang bisu atau pernahkah awak terfikir jika Allah uji awak dengan ibu awak seorang yang bisu?


Awak..tak kisahlah awak lelaki atau perempuan. Awak perlu sensitive hal-hal berkaitan ibu awak. Sensitif di sini bermaksud awak ambil peduli, ambil berat tentang ibu awak. Kita sedia maklum, Semua yang ada didunia ini sebagai pinjaman saja buat kita. Sampai masanya, Ibu juga akan kembali menghadap illahi dan tak akan kembali-kembali lagi. 

Idea terberhenti..Tiada lagi ayat yang menari-nari di otakku..rasanya sampai sini saja. 
Maaf salah dan silap. Tulisan ini ditujukan khas untuk menampar diri sendiri . Sebagai peringatan buat diri saat ini, saat akan datang & seterusnya, InshaaAllah. May Allah bless us. Amin.
Keep this in mind: Allah sentiasa bersama saya, Allah sentiasa melihat saya, Allah sentiasa membantu saya. 

Farah:
Ma, maafkan farah atas salah dan silap. Banyak kelemahan & keterlanjuran kata dan tindakan yang farah buat. Farah minta maaf. May Allah bless you. I love you so much ma. :') . Cinta & sayang ini asalnya dari Syurga. Semoga cinta & sayang ini diredhai Allah dan membawa ke Syurga-Nya ..Amin..Take care ma, semoga Allah memberi kesihatan yang baik pada mama agar mudah untuk beribadah kepadaNya. Semoga hidayah dan rezekiNya sentiasa dicurahkan pada mama. Terus tabah & sabar. Aku tahu mama kuat. Yeah, mama memang kuat!! Mama perlu tahu yang ' Allah sangat sayang mama, sangat.. sebab tu Allah uji..kan..hehe..ma, i love & miss u always.  Mama sangat cantik, baik :) 

entry TAMMAT...suka? like jer..

Wednesday, August 28, 2013

Proffesionalkah kita dalam memerhati?

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.  Selawat serta salam buat Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat baginda.


‘Memerhati’

Satu hal yang semua orang pernah buat. Bukan blur, bukan janggal pun, kan.. Mungkin selalu. Mungkin kadang-kadang. Namun kekerapan pemerhatian  itu bukanlah hal yang saya mahu tuliskan dengan terperinci dalam entry kali ini. Pernahkah kita terfikir bahawa memerhati juga adalah salah satu cara bagi kita mengutip pelajaran sekaligus membuka minda kita agar matang peribadi, luas sisi pandangan dan lebih teliti dan sensitif dalam hal-hal yang berkaitan diri, keluarga, masyarakat, negara, alam dan sebagainya.

Professionalkah kita dalam memerhati? Apa yang kita perhati?

Allah berfirman dalam Al-Quran (Surah Al-Hasyr: Ayat 18) yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.

Seperti yang kita tahu bermacam-macam keindahan alam yang Allah ciptakan boleh kita perhati di dunia ini. Jika anda pernah memerhatinya, congrates to you. Because Allah choose you. Allah choose you. 

Sebagai contoh mari kita memerhati  Air sungai/ Air laut yang mengalir :

Individu A mendapati bahawa air itu bergerak dengan tenang, mempunyai bunyi yang lembut lagi menenangkan dan air itu jernih.

Individu B mendapati bahawa air yang mengalir itu boleh diminum, di dalamnya ada ikan boleh memancing, boleh berenang dan air itu juga boleh menjana tenaga elektrik.

Individu C mendapati bahawa air yang mengalir itu digunakan manusia untuk membuang sampah, membuang bahan-bahan kimia akhirnya boleh mencemarkan kualiti air membawa penyakit pada hidupan dalam habitat itu dan manusia sendiri.

Baru tiga individu yang memerhati. Namun terjemahan dari pemerhatian mereka adalah berbeza. Dari situ kita boleh memahami bahawa setiap orang mempunyai hasil pemerhatian dan pendapat yang berbeza dari apa yang dilihatnya. Mungkin bagi orang ini, ianya biasa saja, namun tidak bagi orang itu. Kecil bagi orang ini, namun besar bagi orang itu dan begitulah sebaliknya. Dan begitu juga dalam semua hal di kehidupan ini. Tidak terkecuali dalam memerhati itu sendiri. Dan kesan dari memerhati juga berbeza bagi setiap individu itu kerana ia bergantung dengan professionalkah seseorang itu dalam memerhati?

Saya tidak mahu memanjang-manjangkan lagi. Saya akui saya juga memerhati seperti anda. Perkara yang saya perhati dengan apa yang anda perhati mungkin sama mungkin tidak. Namun itu bukanlah soalannya. Cuma sejauh mana kita ‘memerhati’ itu membawa kesan kepada diri kita.

Memerhati bukanlah suatu yang remeh. Bukan sesuatu yang patut disia-siakan. Once again, because Allah choose you, maka memerhatilah. Masakan tidak, Allah anugerahkan kita sepasang mata, paling tidak pun hingga ke hari ini, saat ini. Selepas ini? Allahualam. Namun, berbeza dengan manusia yang Allah uji dengan kurang dari segi penglihatan, buta, rabun yang memerlukan kanta pembesar dan lain-lain lagi. Pernahkah kita terfikir akannya, terfikir akan mereka. Lihat, dengan itu saja kita boleh mengambil iktibar, memandangnya sebagai suatu  yang patut kita insafi dan syukuri dengan pemberian yang Allah telah beri pada kita selama ini. Itu lah ia sepasang mata. Mata yang membantu kita untuk memerhati.

Memerhati bagi setiap individu itu berbeza. Saya memerhati. Anda memerhati. Kita memerhati. Namun selamanya, Pemerhati yang Maha Adil, Mahateliti, Maha Mengetahui  ialah Allah s.w.t. Bagi kita yang namanya  manusia ini, hasil memerhati  adakalanya positif, kita gembira, senang, senyum dan sebagainya. Namun adakalanya hasil memerhati itu juga negatif, kita susah, sedih dan sebagainya. Bergantung pada sikap kita, motivasi dalam diri kita, prasangka yang baik dengan Allah dan cara kita memandang sesuatu itu. Bukankah ia jelas menunjukkan bahawa memerhati itu sesuatu yang hebat? Hebat kerana apa? Sebab Allah juga memerhati. Sentiasa. Memerhati kita tiap ketika. Allah Mahateliti dari sekecil-kecil hal kepada sebesar-besar hal. Malahan, anda sedang memerhati  itu ini, Allah juga memerhati anda. Malaikat pula sedia mencatat apa yang patut, samaada pahala atau dosa dari apa yang kita perhati itu.

Apakah (pantas) Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Mahahalus, Maha Mengetahui. (Surah Al-Mulk: Ayat 14)

Saya ingin mengajak diri saya dan anda untuk selalulah kita bermonolog dalam hati ketika memerhati contohnya:

1. Nabi Muhammad. Engkau adalah seorang yang taat kepada Allah. Rajin beribadat dan memohon ampun kepada Allah. Sungguh engkau adalah sebaik-baik contoh teladan bagi kami. Akhlakmu yang indah.Terpegun aku dengan contoh tauladan penuh hikmah yang engkau tunjukkan dalam mentadbir negara, rumahtangga dan manusia suatu ketika dulu. Engkau juga berkorban banyak hal demi kami. Demi islam. Sungguh besar pengorbanan mu wahai kekasih Allah. Ya Allah, bantulah aku untuk lebih mengenali Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya dan sahabatnya, bantulah aku untuk mengamalkan sunnahnya, bantulah aku untuk mencontohi akhlaknya, bantulah aku untuk sentiasa meringankan lidah ini untuk berselawat kepadanya dan membasahi lidah ini dengan berzikir & beristighfar kepada-Mu.


2. Daun, bagusnya engkau daun. Sentiasa berzikir, memuji Allah siang dan malam. Tak pernah henti. Aku? Kau juga sentiasa patuh pada Allah, memberikan oksigen pada kami manusia dengan izinNya. Namun daun, engkau juga boleh berhenti memberi oksigen juga dengan kehendakNya kan? :’ . Daun, engkau juga berguna pada manusia, dirimu dikaji, dilihat melalui microscope, kadang-kala engkau dijadikan sebagai ubat, herba dan lain-lain. Owh,banyaknya kegunaanmu wahai daun yang Allah ciptakan ..daun..terima kasih atas jasamu. Terima kasih ya Allah sebab menciptakan daun.

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun.
( surah Al-isra’: Ayat 44)


Allah Maha mengetahui akan diri kita. Dia amat memahami & menyayangi kita. Maka memerhatilah. Semoga sahaja nikmat mata yang Allah anugerahkan kepada kita digunakan dengan baik. Perlahan-lahanlah, Allah tahu kemampuanmu. Namun jangan sampai tidak bergerak langsung. Kita memerhati melalui situasi/ apa yang ada didepan mata kita, kemudian kita berfikir, kemudian otak menterjemah situasi yang berlaku. Itulah proses yang berulang-ulang dalam memerhati. Namun kesannya adalah berbeza. Ya berbeza. Namun ‘memerhati yang proffessional’ ialah pemerhati yang sentiasa bersangka baik pada Allah, memandang sesuatu itu sebagai satu yang harus dikutip sebagai pelajaran & boleh dimanfaatkan dalam hidup sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Mari kita lihat, baca dan hayati terjemahan ayat-ayat Al-Quran ini:

Kami telah menciptakan kamu, mengapa kamu tidak membenarkan (hari berbangkit)?. Maka adakah kamu perhatikan, tentang (benih manusia) yang kamu pancarkan. Kamukah yang menciptakannya ataukah Kami penciptanya?. ( Surah Al-Waqi’ah: Ayat 57-59)

Pernahkah kamu perhatikan benih yang kamu tanam?. Kamukah yang menumbuhkkannya ataukah Kami yang menumbuhkan?. ( Surah Al-Waqi’ah: Ayat 63-64)

Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum?. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan?. Sekiranya kami menghendaki, nescaya kami menjadikannya masin, mengapa kamu tidak bersyukur?. Maka pernahkah kamu memerhatikan tentang api yang kamu nyalakan (dengan kayu)?. Kamukah yang menumbuhkan kayu itu ataukah Kami yang menumbuhkan?. (Surah Al-Waqi’ah: Ayat 68-72)

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (diudara) selain Yang Maha Pengasih?. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu. (Surah Al-Mulk: Ayat 19)

Minta maaf salah dan silap. Tulisan ini adalah peringatan & tamparan buat diri sendiri terutamanya. Tegurlah saya andai berlaku kesilapan dan kekurangan dalam tulisan ini. Allah sentiasa bersama kita. Allah sentiasa melihat kita. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada kita. Percaya itu. Keep on doa & recite Al-Quran. May Allah bless us. Amin.

Sekian,
Farahani Md Noor,
5.48 am, 28 ogos 2013, Rabu,
Kota Kinabalu, Sabah.
entry TAMMAT...suka? like jer..

Sunday, August 4, 2013

May Allah bless you my dearest mum

Bismillah,
#Ramadhan26 
#This entry is special to you my mum..May Allah bless you always :")




Bahagianya rasa hati,
Melihatnya ada disisi,
sentiasa menemani..
sentiasa menyayangi..
Indahnya relationship kami,
ketawa, menangis, membaca, memasak..semuanya bersama..,
All mum are great!!
But, You just so great 'mama'..just so great!!
But, Your creator (Allah) is more great!!
HE's so great to us 'mama'
Ma, I learn something new when i with you,
Thank you mama,

Alhamdulillah, Thank you Allah, 
You give me & everyone, iman & islam nikmah,
You also give me a chance to have this feeling,

Thank you Rasulullah,
you show us 'uswatun hasanah'
your sacrifice is too big for us,
Alhamdulillah...
Allahuakbar :')

Mum, I really appreciate what you had given for me, I really love you my dear mum. You are the best mum for me forever & you are my bestfriend :) .. having mum like you in my life is a big 'nikmah' that Allah given to me. Not everyone have the chance..'ada yang tiada ibu dari baby, ada yang anak yatim dan sebagainya'..semua orang ada ceritanya..dan aku & mama juga ada cerita.. Alhamdulillah, Allah give me a chance to be love and love you mum. Your love to me and siblings are huge. :")

Mum, when i think about our ambitions, our moments..sad.. don't know why..I just afraid  can't make you smile, can't make you happy...i also afraid when the day come 'hari akhirat' ..Allah told me that i'm 'anak derhaka'..and i cant be with you anymore.."betapa malang rasanya diri ini andai itu yang terjadi' :' ..kata sayang dan cinta tapi mengheret dan diheret ke neraka' its not called love kan ma? , Mum, my biggest ambitions is to be with you, siblings and our family at paradise..There, we can continue our love story..:' but...'sama-sama kita usaha dan doa ya :"..moga Allah redha..'

Dear mum, please pray for me.. i want to be your good daughter duniya and Hereafter..i want to be your solehah daughter that bring happiness in your life, I know, in this duniya, A women that called as 'mum' is willing to sacrifice anything, everything to make their children happy..And you are also do that. I can't count your sacrifice, because your sacrifice is so huge. You cry more than smile..I know..

Mum, my day is so meaningful when i had given a chance to see you smile. It's so calm..so extraordinary feeling..Alhamdulillah.

Mum, i'm sorry for all  mistakes that i make. I don't know why this pepatah melayu ' sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna' terngiang-ngiang in my head. Dulu, i'm not a good daughter to you, huhu..when i think about the past..'betapa rugi rasanya diri ni' ..Now, I also don't know whether im good or not daughter to you, but i will try to be your good daughter..  i want to 'belajar dari mama tentang kehidupan ini'..InshaaAllah.

Mum, do you remember my promise to you? and that is also my ambitions..:" , but once again..i'm afraid, 'ajal&maut kita tak tahu kan ma?, Jika Allah ambil aku lebih awal..i cant fulfill my promise :" , jika benar umur aku tak panjang, aku harap , aku pergi dalam keadaan mama, abah, dan family redha padaku'
mum, its so long time ago i think about it..i want to go ' Umrah' then 'Haji' with you after i finish my degree . I promise to you to sponsored it..And i really miss that place...'Mekkah & Madinah..my dreamed place' ..Mum, InshaaAllah, jika umur panjang, we will go there together k..:")  ..I love you mum ...



entry TAMMAT...suka? like jer..

Friday, August 2, 2013

This duniya is just temporary.. be sabr!

Bismillahirrahmanirrahim,
#24 Ramadhan 1434H 

First, Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Allah berikan, sungguh kasih sayang Allah amat luas, tiada tandingan dan nilaian apapun..Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Second, Special thanks & selawat to Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, serta sahabat baginda atas contoh tauladan akhlak yang baik, pengorbanan yang melimpah ruah demi islam dan ummat hari ini.




Allah berfirman dalam Al-Quran (Surah Al-Hasyr : Ayat 18) yang bermaksud:
'Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan'.

Dear Heart, Lumrah kehidupan, bergerak maju ke hadapan. Mustahil kan berundur ke belakang. Bahkan Allah beri peluang pada kita untuk  masih meneruskan tanggungjawab di pentas kehidupan ini. Paling tidak pun hingga ke hari ini, hingga saat ini. Namun berapa ramai yang memandang 'hari ini' yang Allah anugerahkan itu? Takkan kita menunggu sudah terhantuk baru terngadah? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna' ? 

Dear, kita bukan terlalu kuat untuk hidup tanpa berTuhan yakni (Allah)..takkan mampu pun sebenarnya and we should remember that, Allah never leaves us, forever. tapi kita..mungkin terjadi.. ada saat kita sendiri yang menjauh dari Allah..Kita meninggalkan Allah, namun Allah tetap disitu, tidak meninggalkan kita. Setia memerhati kita, Setia memberi..Dear, Allah yang menciptakan kita, mustahil Dia mencipta kita dengan kesia-siaan. PengetahuanNya melebihi apapun, Tidak terjangkau oleh kita. Dia mengatur semuaNya dengan baik. percayalah.. Dan sebenarnya kita semua maklum bahawa Fitrah kita sukakan kebaikan. Tenang dengan kebaikan. Bahagia dengan kebaikan. 

Mata hati kita ke mana selama ini? sehinggakan untuk melihat nikmat tuhan yang begitu banyak itu juga seakan-akan kita tidak pernah terlihat. Walhal, jika Allah tarik sahaja untuk sedetik nikmat itu, jelas sengsaralah hidup ini bagi kita, mengeluh tak sudah, meyalahkan mana yang patut dalam pandangan kita yang harus disalahkan, menangis tak henti-henti, lepas marah sana sini. Allah..

Dear, Nikmat Allah tak terhitung, takkan mampu kita hitung. Saya ulangi, kita takkan mampu!! Kita tahu itu, namun justeru tidak terhitunglah sepatutnya kita cuba memandang dan cuba menghitungnya walaupun tak mampu bagi membuka hati kita yang mudah alpa itu untuk memuhasabah diri dan celik hati..ubahlah cara kita memandang kehidupan ini..lihatlah dari pelbagai sudut dengan pemberian udara, cahaya, air, makanan, minuman, rumput, tumbuhan, ikan, laut, langit, haiwan, mata, tangan, kaki, mulut, hati, otak, ibubapa, adik beradik, pendidikan, tempat tinggal, kereta, dll. Sekali lagi, Allah tidak mencipta semua nikmat yang DIA berikan itu dengan sia-sia, semua akan dipertanggungjawabkan, semuanya akan disoalNya diakhirat nanti. 

Selamanya, Memang sepatutnya kita malu pada Allah. Hari silih berganti, berlalu pergi ditinggalkan dan meninggalkan kita. Umur jua silih berganti. Sudahlah Menumpang dibumi yang diciptakanNya, namun buat dosa tetap tak henti-henti, adakalanya menginsafi kesalahan diri , setelah itu buat lagi..Ini Fakta bahawa, Semua orang islam pasti tahu tentang islam  samaada 10%, 30%, 70% dan lain-lain. Hanya Allah dan individu itu sendiri  yang mengetahui sejauh mana islam dalam dirinya, dalam pengetahuan dan amalannya...Entah..diri terlalu ego, kekadang bukan tidak tahu kesalahan itu pernah dilakukan namun diulangi lagi. Seakan-akan tiada catatan bagi amal buruk dan baik. Langsung diendahkan dan diketepikan. Ingatlah  bahawasanya Allah ada berfirman dalam Al-Quran (surah Al-Qamar: ayat 52-53) yang bermaksud:
'Dan segala sesuatu yang mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan. Dan segala sesuatu yang kecil mahupun yang besar semuanya tertulis.'



Dear, dihari yang dipanggil era globalisasi ini, Sebanyak mana pun orang lain cuba mencari alternatif lain untuk menjauhkan manusia dari kebenaran, namun tidak boleh dinafikan lagi bahawa Allah pemilik langit dan bumi, Dia Maha Berkuasa, Jika Dia mengatakan jadi maka jadilah, Dia boleh memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya namun itu bukanlah alasan untuk diri kita kononnya menunggu petunjuk itu diberikan pada kita baru mahu berubah, baru mahu bertaubat, baru mahu kembali padaNya. Kita kena ingat, masa yang berjalan juga dengan kehendakNya, boleh berhenti juga dengan kehendakNya, apa lagi kematian yang sudah tertulis nyata bahawa tidak terlambat & tercepat walau sesaatpun. Dimana selama ini usaha kita untuk mendapatkan petunjuk Allah? Dimana selama ini doa kita? Kita boleh dan mahu sahaja berhempas-pulas untuk mumtaz(cemerlang) dalam study kita. Takkan usaha untuk berdoa memohon diberi petunjuk dan dipermudahkan dalam mentaati segala perintahNya kita tak mampu?  Dia pencipta Bahagia, Dia juga pencipta kesedihan dan segala perasaan yang kita rasa didunia ini. Dia boleh menciptakan dan boleh juga menghilangkan. PadaNya jua kita tidak boleh menyembunyikan apapun, sedangkan bisikan hati kita Dia Maha mengetahui. 

Dear, Dari lensa pemikiran kita yang terhad, memang hakikat diri  hanya nampak sesuatu itu nikmat bilamana mengalami ujian seperti kesakitan, kesedihan, penderitaan, kehilangan dan kekecewaan. Peringatan Allah terang lagi nyata. Cuma hakikat diri..banyak dosa..tersentuh hanya seketika..di lain masa mudah sungguh diri terleka...dengan duniawi.. kekadang mahu menahankan prinsip diri, mahu berubah kearah kebaikan, mahu memberi contoh yang baik. Namun, Allah maha mengetahui, diri itu sering terfikir bahawa takut terasa asing, asing di tengah-tengah kemodenan..ya!! kita tidak boleh tipu perasaan itu ..kekadang kita boleh kuat untuk teguh berdiri dengan syariatnya namun kekadang kita jua rasa terlalu lemah untuk teguh berdiri mentaati perintahNya..Hakikat diri, terleka dengan teknologi yang semakin canggih seperti facebook, twitter, youtube, Instagram, blog, bisnes online, tudung, fesyen, dan lain-lain lagi.

But, Hold on dear, Hold on..Allah heard you, be patient. :)
penilaian manusia itu terhad pada apa yang dilihat, didengar dan ilmunya. Namun penilaian Allah tiada had, luas. Sungguh Allah Maha Adil dalam menilai. yes. Mungkin orang menilaimu dulu & sekarang. Dulu kamu macam tu, sekarang kamu macam ni. kekadang dirimu terlupa terpeleot sedikit, terus orang salah sangka. Takpa, Allah adalah sebaik-baik penilai dan sebaik-baik yang mengetahui tentang dirimu..teruskan berdoa..doa..doa dan doa..yang penting dont ever give up !! :) chaiyo2x!! 
Allah knows..
Life is not easy, but making dua is! Pray to Allah when things get rough. At the same time, love& respect your parents, teacher, friends and so on. Be patient with them. 
Dear, Allah is the most forgiver, beneficent, and most merciful. '...Tiada satu pun yang menyamaiNya. Dan Dia yang Maha Mendengar, Maha Melihat' (Asy-syura: ayat 11)

Allah juga berfirman dalam Al-Quran (surah Al-Baqarah : ayat 222) yang bermaksud:
'Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri'

Akhir kata, matangkan diri, matangkan peribadi, luaskan pandangan, kayakan pengalaman, gali ilmu sedalamnya. Teruskan mencari & mencari. Berusahalah sebaiknya. Allah sedang memerhatikan usahamu. Teruslah memberi peluang kepada dirimu untuk improve, imporve dan imporve. Kerana usaha untuk improving diri tidak akan terhenti hingga akhir hayat.





entry TAMMAT...suka? like jer..

Friday, July 19, 2013

Ramadhan ini



Ramadhan tiba lagi,
umurku silih berganti,
aku masih disini,
meniti hari,
rasa malu pada illahi,
apabila ada suruhanNya diingkari,
umur semakin dewasa,
Namun tak lekang buat dosa,

Namun..
Ini bukan tiket untukku mewarnai dosaku pelbagai perisa,
cukuplah selama ini aku membazirkan masa,
tertipu dan terpujuk rayuan syaitan, diriku jadi mangsa,

Bangun!!
Tapi jangan tergesa-gesa,
pastikan jalan yang kau ambil itu kau selesa dan biasa,
kerana matlamatmu cuma yang Maha Esa.



entry TAMMAT...suka? like jer..

Friday, June 21, 2013

aku rindu pada-Mu

Bismillah,

Dear Allah, 
I miss YOU,
I just want to cry,
to cry in front of YOU,
Ya Allah, please make me strong,
Please make me calm,
Please tell me that you always beside me,
I just miss YOU.. Miss YOU

Dear Me,
you are khalifah,
Allah hantar ke bumi bukan untuk mengeluh,
menangis berpanjangan..
tabahlah wahai diri,
Allah uji, Allah sayang,
kembalilah bersemangat,
Demi Allah, jangan sia-siakan amanah ini, 
please...you can do it 'Wahai diri',
don't let other 'pandang rendah dengan kau'
don't let other 'pandang rendah dengan islam disebabkan kau'
Said to yourself You can!! you want!! You will!!- 'man jadda wa jada', 'marilah menuju kejayaan'

Dear Me,
Be High class!! 
untuk jadi high class perlukan usaha yang luar biasa, 
perancangan yang mantap, matlamat yang jelas, masa yang teratur, istiqamah dan banyak lagi,

Dear Me,
teruslah mengayuh, walau ramai yang memandang sinis terhadapmu, 
sumber kekuatanmu ialah ALLAH yang Maha Kuat, bukan dia, dia dan dia..
don't let other make you down,
Be patient, 
Allah knows your struggle, 
HE hears your dua,
Don't lose hope,
Have trust in the creator.

Alhamdulillah for today,
semoga Allah redha, TQ Allah, TQ Rasulullah, TQ mum & dad, TQ siblings, TQ teachers and friends..Wassalam

entry TAMMAT...suka? like jer..

Saturday, June 8, 2013

Don't give up before trying

Salam, Dear Mum and Dad, I miss You :’(

Reminder to me and you, Dear Heart:
Please..please..
Don’t give up before trying..
If you feel you want to give up,
First, Please remember Allah..Allah is our creator, and HE knows the best.. Allah would never put you in a situation you couldn’t handle,
Second, If you feel you want to give up ,
Please remember your parents,
You want to make your mum and dad happy, You want to see your mum and dad smile,
You want to be a good son/daughter to them,
So don’t give up before trying, 
Remember, They have done many things to you,
Do you remember all their sacrifices? Do you remember the time when they send you to School? Matriculation? University? Carrying your heavy beg..
At their face, there’s a Hope...Hope that you will try you best in study, Hope that you will happy in university...Hope that you will try your best to be a good student, good daughter/son, and can achieve your ambitions..
Your mum and dad loves you so much, they also trying to be a good mum and dad to you..Do you know about it? 
Sometimes, We wonder why we don’t get what others get. We blame fate, we blame Allah. Yet we never see or value the many things He did give us. For Example: Allah gives us ‘TODAY’- every beat of our heart,every second of our breath,it's a gift from Allah, Ask to yourself, what did i do today to improve my relationship with Allah? What did i do today to improve my relationship with my mum & dad? And then with my friends? Look at your activity, Look at your time management..Think.. ( Let's move towards success, Success duniya wa akhirat..May Allah bless us..amin)

entry TAMMAT...suka? like jer..

Friday, June 7, 2013

Dear me & friends, Kenapa sombong sangat sampai Allah tak boleh nak uji, tak boleh nak jentik?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
Selawat serta salam buat Nabi Muhammad SAW, keluarga, serta sahabat baginda,
Segala puji bagi Allah pemilik langit dan bumi, pemegang hati-hati kita,
Alhamdulillah for another new day.

Dear friends,
suka untuk saya menyoal diri saya dan anda, 'What did I do today to improve my relationship with Allah'?
'Apa yang saya buat selama saya berumur __ tahun ni ? Sejauh mana kefahaman saya tentang islam?  Sebanyak mana saya berzikir mengingati-Nya? Sejauh mana saya menggunakan masa yang Allah bagi dengan kebaikan? Sejauh mana saya berusaha untuk kehidupan dunia dan akhirat? Sejauh mana keyakinan saya pada Allah? Sejauh mana saya mengambil pengajaran dari ujian yang Allah beri? Sejauh mana saya menjaga hubungan saya dengan ibubapa?

Allah menjentik ku lagi,
dengan sebuah ujian,
jujur kukatakan, aku lelah, penat, sampai bila...............
Aku tidak kuat...
Aku rasa malang...
Aku rasa tidak mampu...
Kenapa diriku yang kau pilih?
Merasai ujian ini..
Hakikatnya aku tidak boleh lari,
Terpaksa juga aku mendepani dan menghadapi,

Oh Illahi..
Engkau menjadi saksi,
Bahawa aku berasa lemah sekali,
Airmata terus sahaja menuruni pipi,
Seakan mengeluarkan luahan yang terbuku dihati,
Betapa aku merasai 'Aku Ini Pendosa Tegar'
Hina...Teruk...
Namun aku juga tidak boleh tipu diri ini,
Aku menginginkan kebahagiaan dan ketenangan hakiki,
Yang entah dimana harus ku cari,
Aku Bingung...
Aku Jahil...

Ya Illahi,
Engkau pemilik Kebahagiaan,
Engkau pemilik Kekuasaan,
Engkau pemilik Kekuatan dan Kelembutan,
pada-Mu sahaja aku memohon Keampunan,
Kerana Engkau Maha pengampun,
Dan pada-Mu aku sandarkan harapan bukan pada dia, dia dan dia...
Sudilah kiranya Engkau memandangku Ya Rabbul Izzati.
Sudilah kiranya Engkau memberiku petunjuk dan hidayah-Mu, Ya Rabbul Izzati,
& Sudilah kiranya Engkau memberiku peluang untuku bertaubat atas segala dosa-dosa lalu

Dear me & friends, No fear, Allah always with us :"
said to your heart:
Saya ada Allah, Walau bagaimanapun fizikal saya, cantik kah Or tak cantik kah orang kata..saya jahat,buruk, Or baik kah orang kata.. Ketahuilah saya tetap ada Allah, Penilai terbaik itu Allah, bukan manusia..saya yakin dengan diri saya, saya boleh berubah, sebab saya ada Allah yang maha besar, Yang maha penyayang, Saya tidak bertawakal pada kemampuan saya yang serba terbatas, langkah saya boleh jatuh, tangis saya boleh panjang, keluh saya boleh kedengaran, boleh jadi orang ni tidak menyukai saya, boleh jadi orang tu tidak menyukai saya, boleh jadi begitu..kerana saya tahu saya seorang PENDOSA, namun atas kesedaran itu, saya bangkit untuk menjadi pendosa yang bertaubat...Saya yakin harapan itu selalu ada, Allah sentiasa ada dengan saya, Allah baik dengan saya, Dia mahukan kebaikan buat saya..so Saya mesti beruasaha buat sehabis baik Untuk-Nya, 'Kalau Allah percaya kat saya , kenapa saya tidak percaya pada Allah?, yes, Exactly, Allah uji, Allah sayang..You can move on..believe youself!! Don't feel down..Just' dont..

Wassalam. May Allah bless us.Amin


entry TAMMAT...suka? like jer..

Friday, April 26, 2013

sahabat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang.
syukur dipanjatkan padaNya atas segala nikmat yang telah diberikan olehNya untuk kita hari ini. Segala puji selayaknya hanyalah  untuk-Nya tuhan semesta Alam yang menciptakan saya dan kamu.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
itulah ucapan yang selayaknya membasahi lidah dan bibir kita apabila menerima sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup kita. wahai diri, ingatlah (Allah uji, Allah sayang) ^^ , (Allah uji, Allah rindu), (Allah uji, Allah dekat),  (Allah uji, Allah lihat,)
 Aku dan kamu masih di sini ' Di pentas kehidupan ini...' entah sampai bila..aku dan kamu tak tahu tentang kematian yang akan memisahkan kita itu..hanya Allah yang Mengetahui.

 Lembaran 2013, 
aku akui pentas kehidupan tahun ini mempunyai cerita yang sungguh bermakna pada diriku, keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan. Bukan mudah untuk diri ini melangkah ke hari ini, semuanya dengan izin Allah jua. Tipu lah kata andai dalam perjalanan pentas kehidupan ini tidak ada airmata yang jatuh, tidak ada seyum yang indah, tidak ada tawa yang berderai. Malah yang menemani hari yang silih berganti ialah, airmata, tawa, senyum, tenang, duka, dan gelisah masing-masingg berputar-putar menjadi sesuatu yang mewarnai hidup ini. 

Kau sahabatku
Aku adalah sahabat kepada kamu, kamu adalah sahabat kepada aku. Jujur, aku mempunyai pendapat dan definisi sendiri mengenai perkataan yang popular ini 'SAHABAT'. Entah kenapa aku tiba-tiba terfikir mengenainya. Dulu takda pula pernah terfikir. Sungguh, mudah-mudahan apa yang aku tulis ini akan memberikan peringatan buat diriku terutamanya.
, rasanya kita bersama baru 10 bulan lebih atas satu takdir dan ketentuan illahi iaitu kelas yang sama, dulu aku bukanlah rapat dengan kamu yang kini ku gelar sahabat. Entah mengapa, hati ini rasa bahagia, rasa selesa bersama dengan kamu 'sahabatku'. Kamu mempunyai latar belakang yang berbeza dari diriku, mempunyai perwatakan yang berlainan dari diriku, mempunyai  corak pemikiran yang berbeza dari diriku, mempunyai kisah silam yang berlainan dari diriku, mempunyai kisah hidup yang berbeza dari diriku, kamu adalah kamu, aku adalah aku, namun matlamat kita tetap sama iaitu Allah. Tidak dapat di nafikan, Kita dalam usaha untuk menjadi 'Sahabat'.

Aku mendefinisikan sahabat adalah orang yang kita rasa tenang bersamanya, selesa bersamanya, percaya bila bersamanya, bersedia untuk menerima maaf, nasihat, dan pandangan yang dilontarkannya, setia kepadanya, tidak menyakitinya, dan yang paling penting sama-sama berusaha memperbaiki diri sendiri di samping sama-sama membantu memperingatinya. 'Biar bersahabat Hingga ke syurga ' barulah bahagianya berkekalan selamanya. Maha suci Allah menciptakan kamu dan aku, mempertemukan kamu dan aku..Sungguh, hati ini bahagia. bahagia kerana pertemuan yang Allah aturkan ini membuatkan aku terharu. Setiap dari kamu sahabatku, mengajar aku sesuatu yang baru. Aku pelajar, sedang belajar, dan aku akan terus belajar agar redhanya ku capai. Aku ingin begitu sikapku terhadap persahabatan kita, aku tidak mahu memandang remeh persahabatan ini, aku ingin menjadi pelajar dalam persahabatan kita, dan aku juga mengharap kau sahabatku mengetahui bahawa aku juga sedang belajar untuk mengenali, memahami, dan membahagiakanmu. Engkau pasti mengetahui bahawa ianya memerlukan proses dan masa. Maafkanlah diriku andai aku pernah melukakan hatimu, terkasar dengan percakapanku terhadapmu samada sedar mahupun tidak. Duhai Sahabatku, Alangkah indahnya persahabtan yang terjalin ini andai redha-Nya yang kita cari dan ingin kita gapai. Sahabatku, Mana mungkin kita ingin melontar sahabat kita sendiri dalam kehancuran, melontar jauh dalam kebinasaan, meminggirkan terkapai sendirian dan menyisihkan dia keseorangan tanpa sebab, membiarkannya lalai menjadi mangsa keadaan dunia yang begitu mencabar dan mengaburi matanya,..

Ketahuilah, aku adalah sahabat kepada kamu, dan kamu adalah sahabat kepada aku. Aku pernah merasa aku kehilangan sahabat, dan untuk kali ini aku berharap agar persahabatan ini dipermudahkan, diredhai illahi. Aku juga masih lalai, masih juga alpa, kadang-kala lemas dalam hasutan syitan dan mainan perasaan, adakalanya aku lemah, aku jatuh, aku sedih, dan adakalanya aku diduga, di uji oleh tuhan kita . Dan aku juga tahu bahawa kamu juga pernah merasai semua itu. Aku berharap sahabat, persahabatan ini menjauhkan kita dari azab neraka yang menyala-nyala itu, Aku berharap agar kita sama-sama bantu membantu dalam persahabatan kita ini. Jika ku pandang kamu, aku bahagia, bahagia kerana Allah masih meminjamkan kamu buat aku, meminjamkan aku buat kamu. Aku bukan insan sempurna, jauh dari itu, apa yang aku tahu, aku seorang pendosa, dan aku bakal jenazah. 

Wahai sahabatku, dari kaca mataku, persahabatan ini adalah amanah, ada tanggungjawab di dalamnya yang akan dipersoalkan oleh Allah kepada kita diakhirat nanti. Allah tidak akan memungkiri janji, pasti akan ditanyanya satu persatu, termasuk juga tentang persahabatan kita.

Sahabatku,
Semoga Allah redha dengan persahabatan yang terjalin ini,
Andai diriku diambil terlebih dahulu oleh illahi, Aku berharap agar engkau menghalalkan segala ilmu, nasihat, makanan, minuman, usaha, tenaga dan lain-lain yang telah kamu berikan kepada diriku,
Maafkan aku kerana tidak dapat menjadi sahabat yang terbaik buat dirimu,
Maafkan aku jika perangaiku melukakanmu.
Ketahuilah sahabatku,  Allah tidak menciptakan kita sekadar main-main.Ada amanah yang terpikul,
 & Ketahuilah Sahabatku, Dirimu sangat bernilai dan berharga. Doaku agar Allah memberikan hidayah kepada diriku, dan kamu. Marilah kita sama-sama berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. Marilah kita sama-sama saling berlapang dada, bantu-membantu, dan menjadi seorang khalifah sejati dimuka bumi ini. 











I LOVE YOU sahabat


entry TAMMAT...suka? like jer..

Monday, February 4, 2013

Menangislah..Allah tidak sesekali memandang remeh tangisan dan luahanmu

Bismillahirrahmanirrahim,

-when i pretend to be strong,no one sees my hidden tears except Allah-
-kata bijak pandai " it's not what happens to you,but it's what you do about it.It is not how low you fall but how high you bounce back !"


menangislah,
yang mendengar tangisanmu adalah yang Maha Mendengar,
menangislah,
yang menenangkan mu adalah yang Maha Pengasih dan Maha penyayang,
menangislah,
yang menunjukkan mu langkah untuk diambil adalah yang Maha Mengetahui yang Maha Adil,
menangislah,
walaupun dirimu keseorangan tapi..Allah tetap setia menemani kerana Dia Maha Melihat
menangislah,,Allah itu dekat.
menangislah ,
,akan terngiang-ngiang ayat Al-Quran yang pernah kau baca dan ini akan menguatkanmu,
menangis lah,kerana Allah akan memujuk mu untuk ingat segala kata-kata semangat yang pernah kau tulis dan sampaikan pada orang lain,
 menangislah ,memperingati dosa-dosa  yang lalu,

-wahai diri,percayalah Allah melihat setiap pengorbananmu,Allah melihat segala usahamu,Tabahlah wahai hati kerana Allah tidak pernah mensia-siakan dirimu...sungguh ,percayalah Allah tidak pernah mengecewakan.. :')-


entry TAMMAT...suka? like jer..