::In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful::Assalammualaikum & Hye! I'm Farahani. Welcome to a place where i put my ideas & my stories. My Goal is just to please Allah. May we inspire each other. InsyaAllah. Pray for me ya.(^_^)Selalu senyum, selalu sangka baik, insyaAllah hati tenang ~::

Followers

Wednesday, August 28, 2013

Proffesionalkah kita dalam memerhati?

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.  Selawat serta salam buat Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat baginda.


‘Memerhati’

Satu hal yang semua orang pernah buat. Bukan blur, bukan janggal pun, kan.. Mungkin selalu. Mungkin kadang-kadang. Namun kekerapan pemerhatian  itu bukanlah hal yang saya mahu tuliskan dengan terperinci dalam entry kali ini. Pernahkah kita terfikir bahawa memerhati juga adalah salah satu cara bagi kita mengutip pelajaran sekaligus membuka minda kita agar matang peribadi, luas sisi pandangan dan lebih teliti dan sensitif dalam hal-hal yang berkaitan diri, keluarga, masyarakat, negara, alam dan sebagainya.

Professionalkah kita dalam memerhati? Apa yang kita perhati?

Allah berfirman dalam Al-Quran (Surah Al-Hasyr: Ayat 18) yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.

Seperti yang kita tahu bermacam-macam keindahan alam yang Allah ciptakan boleh kita perhati di dunia ini. Jika anda pernah memerhatinya, congrates to you. Because Allah choose you. Allah choose you. 

Sebagai contoh mari kita memerhati  Air sungai/ Air laut yang mengalir :

Individu A mendapati bahawa air itu bergerak dengan tenang, mempunyai bunyi yang lembut lagi menenangkan dan air itu jernih.

Individu B mendapati bahawa air yang mengalir itu boleh diminum, di dalamnya ada ikan boleh memancing, boleh berenang dan air itu juga boleh menjana tenaga elektrik.

Individu C mendapati bahawa air yang mengalir itu digunakan manusia untuk membuang sampah, membuang bahan-bahan kimia akhirnya boleh mencemarkan kualiti air membawa penyakit pada hidupan dalam habitat itu dan manusia sendiri.

Baru tiga individu yang memerhati. Namun terjemahan dari pemerhatian mereka adalah berbeza. Dari situ kita boleh memahami bahawa setiap orang mempunyai hasil pemerhatian dan pendapat yang berbeza dari apa yang dilihatnya. Mungkin bagi orang ini, ianya biasa saja, namun tidak bagi orang itu. Kecil bagi orang ini, namun besar bagi orang itu dan begitulah sebaliknya. Dan begitu juga dalam semua hal di kehidupan ini. Tidak terkecuali dalam memerhati itu sendiri. Dan kesan dari memerhati juga berbeza bagi setiap individu itu kerana ia bergantung dengan professionalkah seseorang itu dalam memerhati?

Saya tidak mahu memanjang-manjangkan lagi. Saya akui saya juga memerhati seperti anda. Perkara yang saya perhati dengan apa yang anda perhati mungkin sama mungkin tidak. Namun itu bukanlah soalannya. Cuma sejauh mana kita ‘memerhati’ itu membawa kesan kepada diri kita.

Memerhati bukanlah suatu yang remeh. Bukan sesuatu yang patut disia-siakan. Once again, because Allah choose you, maka memerhatilah. Masakan tidak, Allah anugerahkan kita sepasang mata, paling tidak pun hingga ke hari ini, saat ini. Selepas ini? Allahualam. Namun, berbeza dengan manusia yang Allah uji dengan kurang dari segi penglihatan, buta, rabun yang memerlukan kanta pembesar dan lain-lain lagi. Pernahkah kita terfikir akannya, terfikir akan mereka. Lihat, dengan itu saja kita boleh mengambil iktibar, memandangnya sebagai suatu  yang patut kita insafi dan syukuri dengan pemberian yang Allah telah beri pada kita selama ini. Itu lah ia sepasang mata. Mata yang membantu kita untuk memerhati.

Memerhati bagi setiap individu itu berbeza. Saya memerhati. Anda memerhati. Kita memerhati. Namun selamanya, Pemerhati yang Maha Adil, Mahateliti, Maha Mengetahui  ialah Allah s.w.t. Bagi kita yang namanya  manusia ini, hasil memerhati  adakalanya positif, kita gembira, senang, senyum dan sebagainya. Namun adakalanya hasil memerhati itu juga negatif, kita susah, sedih dan sebagainya. Bergantung pada sikap kita, motivasi dalam diri kita, prasangka yang baik dengan Allah dan cara kita memandang sesuatu itu. Bukankah ia jelas menunjukkan bahawa memerhati itu sesuatu yang hebat? Hebat kerana apa? Sebab Allah juga memerhati. Sentiasa. Memerhati kita tiap ketika. Allah Mahateliti dari sekecil-kecil hal kepada sebesar-besar hal. Malahan, anda sedang memerhati  itu ini, Allah juga memerhati anda. Malaikat pula sedia mencatat apa yang patut, samaada pahala atau dosa dari apa yang kita perhati itu.

Apakah (pantas) Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Mahahalus, Maha Mengetahui. (Surah Al-Mulk: Ayat 14)

Saya ingin mengajak diri saya dan anda untuk selalulah kita bermonolog dalam hati ketika memerhati contohnya:

1. Nabi Muhammad. Engkau adalah seorang yang taat kepada Allah. Rajin beribadat dan memohon ampun kepada Allah. Sungguh engkau adalah sebaik-baik contoh teladan bagi kami. Akhlakmu yang indah.Terpegun aku dengan contoh tauladan penuh hikmah yang engkau tunjukkan dalam mentadbir negara, rumahtangga dan manusia suatu ketika dulu. Engkau juga berkorban banyak hal demi kami. Demi islam. Sungguh besar pengorbanan mu wahai kekasih Allah. Ya Allah, bantulah aku untuk lebih mengenali Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya dan sahabatnya, bantulah aku untuk mengamalkan sunnahnya, bantulah aku untuk mencontohi akhlaknya, bantulah aku untuk sentiasa meringankan lidah ini untuk berselawat kepadanya dan membasahi lidah ini dengan berzikir & beristighfar kepada-Mu.


2. Daun, bagusnya engkau daun. Sentiasa berzikir, memuji Allah siang dan malam. Tak pernah henti. Aku? Kau juga sentiasa patuh pada Allah, memberikan oksigen pada kami manusia dengan izinNya. Namun daun, engkau juga boleh berhenti memberi oksigen juga dengan kehendakNya kan? :’ . Daun, engkau juga berguna pada manusia, dirimu dikaji, dilihat melalui microscope, kadang-kala engkau dijadikan sebagai ubat, herba dan lain-lain. Owh,banyaknya kegunaanmu wahai daun yang Allah ciptakan ..daun..terima kasih atas jasamu. Terima kasih ya Allah sebab menciptakan daun.

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun.
( surah Al-isra’: Ayat 44)


Allah Maha mengetahui akan diri kita. Dia amat memahami & menyayangi kita. Maka memerhatilah. Semoga sahaja nikmat mata yang Allah anugerahkan kepada kita digunakan dengan baik. Perlahan-lahanlah, Allah tahu kemampuanmu. Namun jangan sampai tidak bergerak langsung. Kita memerhati melalui situasi/ apa yang ada didepan mata kita, kemudian kita berfikir, kemudian otak menterjemah situasi yang berlaku. Itulah proses yang berulang-ulang dalam memerhati. Namun kesannya adalah berbeza. Ya berbeza. Namun ‘memerhati yang proffessional’ ialah pemerhati yang sentiasa bersangka baik pada Allah, memandang sesuatu itu sebagai satu yang harus dikutip sebagai pelajaran & boleh dimanfaatkan dalam hidup sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Mari kita lihat, baca dan hayati terjemahan ayat-ayat Al-Quran ini:

Kami telah menciptakan kamu, mengapa kamu tidak membenarkan (hari berbangkit)?. Maka adakah kamu perhatikan, tentang (benih manusia) yang kamu pancarkan. Kamukah yang menciptakannya ataukah Kami penciptanya?. ( Surah Al-Waqi’ah: Ayat 57-59)

Pernahkah kamu perhatikan benih yang kamu tanam?. Kamukah yang menumbuhkkannya ataukah Kami yang menumbuhkan?. ( Surah Al-Waqi’ah: Ayat 63-64)

Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum?. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan?. Sekiranya kami menghendaki, nescaya kami menjadikannya masin, mengapa kamu tidak bersyukur?. Maka pernahkah kamu memerhatikan tentang api yang kamu nyalakan (dengan kayu)?. Kamukah yang menumbuhkan kayu itu ataukah Kami yang menumbuhkan?. (Surah Al-Waqi’ah: Ayat 68-72)

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (diudara) selain Yang Maha Pengasih?. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu. (Surah Al-Mulk: Ayat 19)

Minta maaf salah dan silap. Tulisan ini adalah peringatan & tamparan buat diri sendiri terutamanya. Tegurlah saya andai berlaku kesilapan dan kekurangan dalam tulisan ini. Allah sentiasa bersama kita. Allah sentiasa melihat kita. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada kita. Percaya itu. Keep on doa & recite Al-Quran. May Allah bless us. Amin.

Sekian,
Farahani Md Noor,
5.48 am, 28 ogos 2013, Rabu,
Kota Kinabalu, Sabah.
entry TAMMAT...suka? like jer..

Sunday, August 4, 2013

May Allah bless you my dearest mum

Bismillah,
#Ramadhan26 
#This entry is special to you my mum..May Allah bless you always :")




Bahagianya rasa hati,
Melihatnya ada disisi,
sentiasa menemani..
sentiasa menyayangi..
Indahnya relationship kami,
ketawa, menangis, membaca, memasak..semuanya bersama..,
All mum are great!!
But, You just so great 'mama'..just so great!!
But, Your creator (Allah) is more great!!
HE's so great to us 'mama'
Ma, I learn something new when i with you,
Thank you mama,

Alhamdulillah, Thank you Allah, 
You give me & everyone, iman & islam nikmah,
You also give me a chance to have this feeling,

Thank you Rasulullah,
you show us 'uswatun hasanah'
your sacrifice is too big for us,
Alhamdulillah...
Allahuakbar :')

Mum, I really appreciate what you had given for me, I really love you my dear mum. You are the best mum for me forever & you are my bestfriend :) .. having mum like you in my life is a big 'nikmah' that Allah given to me. Not everyone have the chance..'ada yang tiada ibu dari baby, ada yang anak yatim dan sebagainya'..semua orang ada ceritanya..dan aku & mama juga ada cerita.. Alhamdulillah, Allah give me a chance to be love and love you mum. Your love to me and siblings are huge. :")

Mum, when i think about our ambitions, our moments..sad.. don't know why..I just afraid  can't make you smile, can't make you happy...i also afraid when the day come 'hari akhirat' ..Allah told me that i'm 'anak derhaka'..and i cant be with you anymore.."betapa malang rasanya diri ini andai itu yang terjadi' :' ..kata sayang dan cinta tapi mengheret dan diheret ke neraka' its not called love kan ma? , Mum, my biggest ambitions is to be with you, siblings and our family at paradise..There, we can continue our love story..:' but...'sama-sama kita usaha dan doa ya :"..moga Allah redha..'

Dear mum, please pray for me.. i want to be your good daughter duniya and Hereafter..i want to be your solehah daughter that bring happiness in your life, I know, in this duniya, A women that called as 'mum' is willing to sacrifice anything, everything to make their children happy..And you are also do that. I can't count your sacrifice, because your sacrifice is so huge. You cry more than smile..I know..

Mum, my day is so meaningful when i had given a chance to see you smile. It's so calm..so extraordinary feeling..Alhamdulillah.

Mum, i'm sorry for all  mistakes that i make. I don't know why this pepatah melayu ' sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna' terngiang-ngiang in my head. Dulu, i'm not a good daughter to you, huhu..when i think about the past..'betapa rugi rasanya diri ni' ..Now, I also don't know whether im good or not daughter to you, but i will try to be your good daughter..  i want to 'belajar dari mama tentang kehidupan ini'..InshaaAllah.

Mum, do you remember my promise to you? and that is also my ambitions..:" , but once again..i'm afraid, 'ajal&maut kita tak tahu kan ma?, Jika Allah ambil aku lebih awal..i cant fulfill my promise :" , jika benar umur aku tak panjang, aku harap , aku pergi dalam keadaan mama, abah, dan family redha padaku'
mum, its so long time ago i think about it..i want to go ' Umrah' then 'Haji' with you after i finish my degree . I promise to you to sponsored it..And i really miss that place...'Mekkah & Madinah..my dreamed place' ..Mum, InshaaAllah, jika umur panjang, we will go there together k..:")  ..I love you mum ...



entry TAMMAT...suka? like jer..

Friday, August 2, 2013

This duniya is just temporary.. be sabr!

Bismillahirrahmanirrahim,
#24 Ramadhan 1434H 

First, Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Allah berikan, sungguh kasih sayang Allah amat luas, tiada tandingan dan nilaian apapun..Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Second, Special thanks & selawat to Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, serta sahabat baginda atas contoh tauladan akhlak yang baik, pengorbanan yang melimpah ruah demi islam dan ummat hari ini.




Allah berfirman dalam Al-Quran (Surah Al-Hasyr : Ayat 18) yang bermaksud:
'Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan'.

Dear Heart, Lumrah kehidupan, bergerak maju ke hadapan. Mustahil kan berundur ke belakang. Bahkan Allah beri peluang pada kita untuk  masih meneruskan tanggungjawab di pentas kehidupan ini. Paling tidak pun hingga ke hari ini, hingga saat ini. Namun berapa ramai yang memandang 'hari ini' yang Allah anugerahkan itu? Takkan kita menunggu sudah terhantuk baru terngadah? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna' ? 

Dear, kita bukan terlalu kuat untuk hidup tanpa berTuhan yakni (Allah)..takkan mampu pun sebenarnya and we should remember that, Allah never leaves us, forever. tapi kita..mungkin terjadi.. ada saat kita sendiri yang menjauh dari Allah..Kita meninggalkan Allah, namun Allah tetap disitu, tidak meninggalkan kita. Setia memerhati kita, Setia memberi..Dear, Allah yang menciptakan kita, mustahil Dia mencipta kita dengan kesia-siaan. PengetahuanNya melebihi apapun, Tidak terjangkau oleh kita. Dia mengatur semuaNya dengan baik. percayalah.. Dan sebenarnya kita semua maklum bahawa Fitrah kita sukakan kebaikan. Tenang dengan kebaikan. Bahagia dengan kebaikan. 

Mata hati kita ke mana selama ini? sehinggakan untuk melihat nikmat tuhan yang begitu banyak itu juga seakan-akan kita tidak pernah terlihat. Walhal, jika Allah tarik sahaja untuk sedetik nikmat itu, jelas sengsaralah hidup ini bagi kita, mengeluh tak sudah, meyalahkan mana yang patut dalam pandangan kita yang harus disalahkan, menangis tak henti-henti, lepas marah sana sini. Allah..

Dear, Nikmat Allah tak terhitung, takkan mampu kita hitung. Saya ulangi, kita takkan mampu!! Kita tahu itu, namun justeru tidak terhitunglah sepatutnya kita cuba memandang dan cuba menghitungnya walaupun tak mampu bagi membuka hati kita yang mudah alpa itu untuk memuhasabah diri dan celik hati..ubahlah cara kita memandang kehidupan ini..lihatlah dari pelbagai sudut dengan pemberian udara, cahaya, air, makanan, minuman, rumput, tumbuhan, ikan, laut, langit, haiwan, mata, tangan, kaki, mulut, hati, otak, ibubapa, adik beradik, pendidikan, tempat tinggal, kereta, dll. Sekali lagi, Allah tidak mencipta semua nikmat yang DIA berikan itu dengan sia-sia, semua akan dipertanggungjawabkan, semuanya akan disoalNya diakhirat nanti. 

Selamanya, Memang sepatutnya kita malu pada Allah. Hari silih berganti, berlalu pergi ditinggalkan dan meninggalkan kita. Umur jua silih berganti. Sudahlah Menumpang dibumi yang diciptakanNya, namun buat dosa tetap tak henti-henti, adakalanya menginsafi kesalahan diri , setelah itu buat lagi..Ini Fakta bahawa, Semua orang islam pasti tahu tentang islam  samaada 10%, 30%, 70% dan lain-lain. Hanya Allah dan individu itu sendiri  yang mengetahui sejauh mana islam dalam dirinya, dalam pengetahuan dan amalannya...Entah..diri terlalu ego, kekadang bukan tidak tahu kesalahan itu pernah dilakukan namun diulangi lagi. Seakan-akan tiada catatan bagi amal buruk dan baik. Langsung diendahkan dan diketepikan. Ingatlah  bahawasanya Allah ada berfirman dalam Al-Quran (surah Al-Qamar: ayat 52-53) yang bermaksud:
'Dan segala sesuatu yang mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan. Dan segala sesuatu yang kecil mahupun yang besar semuanya tertulis.'



Dear, dihari yang dipanggil era globalisasi ini, Sebanyak mana pun orang lain cuba mencari alternatif lain untuk menjauhkan manusia dari kebenaran, namun tidak boleh dinafikan lagi bahawa Allah pemilik langit dan bumi, Dia Maha Berkuasa, Jika Dia mengatakan jadi maka jadilah, Dia boleh memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya namun itu bukanlah alasan untuk diri kita kononnya menunggu petunjuk itu diberikan pada kita baru mahu berubah, baru mahu bertaubat, baru mahu kembali padaNya. Kita kena ingat, masa yang berjalan juga dengan kehendakNya, boleh berhenti juga dengan kehendakNya, apa lagi kematian yang sudah tertulis nyata bahawa tidak terlambat & tercepat walau sesaatpun. Dimana selama ini usaha kita untuk mendapatkan petunjuk Allah? Dimana selama ini doa kita? Kita boleh dan mahu sahaja berhempas-pulas untuk mumtaz(cemerlang) dalam study kita. Takkan usaha untuk berdoa memohon diberi petunjuk dan dipermudahkan dalam mentaati segala perintahNya kita tak mampu?  Dia pencipta Bahagia, Dia juga pencipta kesedihan dan segala perasaan yang kita rasa didunia ini. Dia boleh menciptakan dan boleh juga menghilangkan. PadaNya jua kita tidak boleh menyembunyikan apapun, sedangkan bisikan hati kita Dia Maha mengetahui. 

Dear, Dari lensa pemikiran kita yang terhad, memang hakikat diri  hanya nampak sesuatu itu nikmat bilamana mengalami ujian seperti kesakitan, kesedihan, penderitaan, kehilangan dan kekecewaan. Peringatan Allah terang lagi nyata. Cuma hakikat diri..banyak dosa..tersentuh hanya seketika..di lain masa mudah sungguh diri terleka...dengan duniawi.. kekadang mahu menahankan prinsip diri, mahu berubah kearah kebaikan, mahu memberi contoh yang baik. Namun, Allah maha mengetahui, diri itu sering terfikir bahawa takut terasa asing, asing di tengah-tengah kemodenan..ya!! kita tidak boleh tipu perasaan itu ..kekadang kita boleh kuat untuk teguh berdiri dengan syariatnya namun kekadang kita jua rasa terlalu lemah untuk teguh berdiri mentaati perintahNya..Hakikat diri, terleka dengan teknologi yang semakin canggih seperti facebook, twitter, youtube, Instagram, blog, bisnes online, tudung, fesyen, dan lain-lain lagi.

But, Hold on dear, Hold on..Allah heard you, be patient. :)
penilaian manusia itu terhad pada apa yang dilihat, didengar dan ilmunya. Namun penilaian Allah tiada had, luas. Sungguh Allah Maha Adil dalam menilai. yes. Mungkin orang menilaimu dulu & sekarang. Dulu kamu macam tu, sekarang kamu macam ni. kekadang dirimu terlupa terpeleot sedikit, terus orang salah sangka. Takpa, Allah adalah sebaik-baik penilai dan sebaik-baik yang mengetahui tentang dirimu..teruskan berdoa..doa..doa dan doa..yang penting dont ever give up !! :) chaiyo2x!! 
Allah knows..
Life is not easy, but making dua is! Pray to Allah when things get rough. At the same time, love& respect your parents, teacher, friends and so on. Be patient with them. 
Dear, Allah is the most forgiver, beneficent, and most merciful. '...Tiada satu pun yang menyamaiNya. Dan Dia yang Maha Mendengar, Maha Melihat' (Asy-syura: ayat 11)

Allah juga berfirman dalam Al-Quran (surah Al-Baqarah : ayat 222) yang bermaksud:
'Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri'

Akhir kata, matangkan diri, matangkan peribadi, luaskan pandangan, kayakan pengalaman, gali ilmu sedalamnya. Teruskan mencari & mencari. Berusahalah sebaiknya. Allah sedang memerhatikan usahamu. Teruslah memberi peluang kepada dirimu untuk improve, imporve dan imporve. Kerana usaha untuk improving diri tidak akan terhenti hingga akhir hayat.





entry TAMMAT...suka? like jer..