::In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful::Assalammualaikum & Hye! I'm Farahani. Welcome to a place where i put my ideas & my stories. My Goal is just to please Allah. May we inspire each other. InsyaAllah. Pray for me ya.(^_^)Selalu senyum, selalu sangka baik, insyaAllah hati tenang ~::

Followers

Friday, December 14, 2012

we still student that want to be a teacher..Doakan kami

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah,Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Ingatkan aq dengan cinta-Mu,
Andai aq terlalai,sedarkan aq dengan teguran-Mu,
aq tidak memiliki sesiapa yang sesetia-Mu yang mendengar segala luahanku,
Engkau maha mengetahui hatiku,
pimpinlah aq ke jalan yang kau redhai.
Ya Allah,bersihkan jiwaku,tetapkanlah niat dan pendirianku.
~Amin~
exam final, sem 1 ,xlama lg..ya Allah,di mana aq telah gunakan masaku? adakah semua masaku tlh aq gunakan ke arah kebaikan? lebih banyak rasanya masaku ku habiskan dengan kelalaian..ya,aq mengaku..cz FB always update! Twitter always tweet..email ,handphne..bla bla bla..sampai satu tahap tu,aq tfkir,aq mcm mw buang ja ni laptop,mcm mw buang ni hp..xmw ada yg ganggu..then aq fkir..*bukan benda tu yang salah,tpi cara kita guna* When time management is failed? ~~~, ha! time..surah Al-asr(ingt tu farah)..masa yang Allah beri tu adalah satu nikmat..bermakna kita still istimewa di mata Allah..DIA beri kita masa,mybe DIA beri kita masa untuk kita berubah..untuk kita perbetulkan kesilapan kita..siapa tahu mugkin orang dalam kubur meraung untuk kembali ke bumi untuk melakukan apa yang Allah suruh..' Andai masa mampu ku putar' ..Hakikatnya,Masa itu juga milik-Nya.DIA berhak ke atas masa. *renungkn* sejauh mana kita menghargai masa?
aq terigt lagi perbualan seorang bakal cikgu dan bakal cikgu (sahabat aku)..
Bakal cikgu A: orang selalu kata 'masa itu Emas'
Bakal cikgu B: (diam dan hanya dengar)
Bakal cikgu A:sebenarnya, peribahasa itu salah! emas ,orang kaya boleh beli..masa? ,so masa xboleh
disamakan dengan emas.ya ,emas berharga..tpi nyawa lebih berharga..nyawa ada 1 ja.
Bakal cikgu B:(seronok mndgr pndpt yg logik)
Bakal cikgu A:bagi aq "masa itu adalah nyawa' (bckp penuh semangat  )
Bakal cikgu B: betul juga ..(senyum)

#sekarang,classmate aq tmsuk aq always gunakan 'cikgu' /mmbhsakn diri kami CIKGU,
best eh? ,ada orang suka ,ada orang xsuka (even mmg di masa akn dtg bakal mjd cikgu)
bila di panggil cikgu,sbnrnya ..klw aq,aq rasa..ya Allah.."AMANAH'..automatik aq akan igt pasal amanah yang di galas ..amanah untuk belajar betul2,amanah untuk fokus betul2,amanah untuk dengar betul2,amanah untuk tahan dari mengantuk,amanah untuk tidak berckp d belakang,..bnyk lg la..
so bila orang panggil aq cikgu,aq suka,cz macam ada renjatan elektrik yang meninsafkan,lebih kurang satu motivasi supaya aq ingat "amanah dari Allah yang aq galas" Mana mungkin pentadbiran Allah salah untuk pilih aq dan rakan-rakan lain sebagai CIKGU,sebabnya hanya DIA yang tahu..so Aq dan kwn2 yg bakal menjadi cikgu seharusnya,Buat sehabis baik hanya kerana-Nya.
renjatan elektrik yang aku terima : huhu

cikgu farah= farah amanah
cikgu=amanah
cikgu..cikgu..cikgu= amanah..amanah..amanah..
cikgu-cikgu sekalian= amanah-amanah

~ANNEYONG CIKGU~

cikgu-cikgu sekalian (..huhu)


fatin dan asmida



shila,hasni,sania,aq,anis,fatin













entry TAMMAT...suka? like jer..

Tuesday, July 24, 2012

........

Bismillahirrahmannirrahim
-ada apa sebenarnya dengan 4 flat ni-
mybe bagi seseorang 4 flat  itu lambang kejayaan 
in what?
semua orang tahu,dalam study .
aku nak balas dendam...
balas dendam demi kebaikan dunia dan akhirat,
sebelum ni,aku dah banyak sia-siakan peluang yang Allah bagi
masa yang Allah bagi aku gunakan
dengan sia-sia dan lalainya
then
aku nak gembirakan parents aku yg telah besarkan aku,
tiada ibu bapa yang nak tengok anak-anaknya bersedih
&
sepatutnya,tiada anak yang nak tengok ibu bapa nya bersedih
aku nak ubah persepsi orang tentang,
gagal sekali ,x bermakna gagal selama-lamanya,
jatuh basikal sekali,tak bermakna jatuh berkali-kali,
jatuh di longkang sekali,takkan nak tetap menetap di longkang
no! kena bangun! kena usaha! kena berjaya!

"Belajar-belajar juga,Allah tetap matlamat utama,becoz dunia seketika cuma,Akhirat kekal selamanya"

"orang yang faham tentang Al-Quran tidak akan mensia-siakan study"
 kerana dia tahu
kecemerlangan dan kejayaan adalah tuntutan bagi seorang yang ingin beriman.
bukankah Allah jelas berfirman dalam surah ali imran :ayat 139
"Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman."
teringat kata-kata seorang ustaz:'jika kita mengaku orang-orang yang beriman ,sepatutnya kita yang paling tinggi darajatnya tidak kira dalam apa jua aspek dan keadaan'
pandang kata-kata tu dari sisi yang positif dan luas
seluas-luasnya
jangan sempitkan pemikiranmu.
memang ya,hidup ni ada di atas dan ada dibawah sometimes,
"Allah tidak pernah berjanji kehidupan ini mudah,namun Allah berjanji akan bersama-sama kita di sepanjang kehidupan ini"

subhanAllah
Allah tidak pernah kata  DIA tidak mahu bersama-sama kita,
sebaliknya tanyalah diri,adakah kita mahu bersama-sama dengan DIA,
ikut suruhan -Nya,taati perintah- Nya,

Aku ingin berubah, ke arah kebaikan,
demi DIA.
demi Rasulullah
demi agama,
demi ibu bapa,
demi dunia dan akhirat.

if
awak,anda,saya,kita ,
pernah terjatuh dari
4 flat 
ke 
3 flat
ke 
2 flat
bahkan sampaikan 
0 flat sekalipun
dari aspek kewangan,keluarga,cinta,study,dan sebagainya 
sehingga membuatkan anda cemas!,risau! sedih! nangis!..Be calm dear,
Allah nak tenguk cara kita hadapi sesuatu,
Allah nak tengok kita menjadi seorang hamba yang kuat,
bangun! cuba ! cuba! then cuba..
doa! doa! dan doa!
sabar! sabar! sabar!
kena cuba juga!!
 bila mana sampai ke tahap yang memang kita betul-betul rasa tak mampu,
serahkan lah segalanya pada Allah.
percayalah Allah pasti bantu kita.

P/s:
-setiap orang berbeza corak dan warna warni dalam kehidupannya-
maaf
-moga Allah redha-
(ingatan & pesanan buat diri terutamanya)



entry TAMMAT...suka? like jer..

Monday, July 9, 2012

Mengimbau kenangan 'Exam Final di Matrik'


Bismillahirrahmanirrahim,

when a problem are so big  and your strength are no longer to carry them,don't give up cause where your strength ends,the grace of Allah begins,InsyaAllah


Andai saja hatiku tenang seperti ini saat ni
:'(
 meniti hidup yang penuh kejutan
..............
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(2:286)

aku tetiba terimbau peristiwa masa final sem di matrik ,masa tu just beberapa hari lagi nak exam 'mathematic',subjek yang amat aku minat and honestly say 'aku nak score A'dalam subejct tu.Aku ingat lagi,ada satu chapter tu mmg aku susah sangat nak faham,berjam-jam aku mengadap chapter tu,sampai kan aku fikir yang bukan-bukan 'takut gagal /tak dapat result yang diiginkan',itulah susah kalau stress ,mmg otak aku akan automatik fikir bukan-bukan,jauh betul aku fikir.nak tanya rumate,aku takut pula ganggu dia,ya la suma orang tengah berhabis sedaya upaya bagi persiapan terakhir and mybe rumate aku tengah focus untuk chapter yang dia tak faham pula,i feel guilty to ask her.so i let myself :'( (crying secara sembunyi-sembunyi),macam nak teriak ja rasanya time tu,coz aku bukan jenis yang maw faham sikit-sikit ja untuk suma chapter ,my prinsip "aku nak faham satu chapter tu sefaham-fahamnya",hah ,itulah aku masa di matrik,
"aku cakap dalam hati sambil menangis  ,ya Allah,sungguh engkau mengetahui di mana setiap saatku ,masaku ku habiskan,engkau tahu kan ya Allah?"permudahkanlah bagi ku ujian ini...moga Engkau redha dengan diriku" Amin..

 aku call mama , "aku mengadu  dan minta maaf pada mama,aku bagitahu mama aku tak dapat faham apa yg aku belajar,aku nangis!,mama cakap perkataan yg mmg mama sllu ckp kat aku "sabar,bawa beristighfar" dan yg buat aku mengalir airmata lagi mama sebut "masih ada masa kan,berusaha lagi,cubalah yang termampu,mama sentiasa doakan anak-anak mama berjaya" .aku tak sanggup lagi dengar ayat mama yang seterusnya,bukan benci,tapi aku sebak,then berakhir pbualan aku ngan mama..selang bebrapa minit,aku call kak aku pula, mengadu kat dia,dari nada dia cakap,aku tahu dia risau dengan keadaan aku,dia cuba buat nada-nada tegas semcm marah,"kenapa kau ni? jangan macam ni bha, ni yang aku malas ni, menangis lagi?" and the word yang precious "ingat 'kejayaan dan kecemerlangan datang dari jiwa yang tenang dan khusyuk' ..sampai skrg pktaan tu dah sebati dalam jiwa aku...di pendekkan cerita,aku ikut kata kak aku ,'daripada kau sedih-sedih melayan perasaan,bagus lagi ko cuba belajar,jangan biarkan emosi mempengaruhi tindakn' ..

Allah amat mengetahui, di dewan exam,aku jawab kedua-dua paper 1 dan 2 (mathematic), dgn tenang wlaupun sebnrnya ada yang aku tak jawab sampai jwpn akhir,and ada yang aku tak jawab(1/2 soalan) ,tapi aku tak tau  kenapa aku boleh setenang saat tu,semua itu pasti kuasa Allah..hanya padaNya aku bertawakal.

Indah sungguh Allah rancang ,Allah beri aku apa yang aku mahu,i get it "Thank you ALLAH".

p/s:andai  nyawaku di ambil Allah lebih awal dari anda,anda dan anda yang membaca entri ini, biarlah kisah ini menjadi pengajaran pada diriku dan semua agar "belajarlah dengan sesungguh-sungguhnya,jangan sia-siakan masa yang Allah masih beri" "Exam bukan untuk di takuti namun di hargai" jgn pnh putus asa,try  try try n try,kebergantungan pada Allah  must be 100% ,sungguh ,masa akan terus berjalan meninggalkan kita,namun jika kita terhenti lemas dgn perasaan....,masa tak tunggu kita malah akan terus berjalan.Make ur study suatu pengembaraan yang bermakna . aku :'( rindu nak study math.

entry TAMMAT...suka? like jer..

Thursday, June 28, 2012

Aku,kamu& kita 'PENDOSA TEGAR'

Bismillahirrahmanirrahim,
...............................................................................................
suatu petang yang begitu redup dan bersuasana romantik,
Si Ribut dan si Rebut mengambil keputusan untuk bersiar-siar ke pantai yang tak jauh letaknya dari kolej mereka.
Si rebut di maklumkan bahawa ada suatu yang penting si ribut nak beritahu, maka al-kisahnya si rebut pun bersetuju.

Di hadapan gate kolej, kelihatan si ribut berpakaian sungguh segak dengan beg galasnya  membuatkan si rebut tersengih kucing memandangnya.

.............................................................................................

sesudah sampai di pantai ,si ribut & si rebut berjalan beriringan namun tidak telalu rapat seperti kebiasaannya..Tiba-tiba..
Are u normal? Tanya si ribut pada si rebut  dengan reaksi muka yang serius,
(apakah pelik soalan boyfriend aku ni?)bisik hati rebut kemudian menjawab,
"of course im normal, Can't u see?"
si ribut hanya tersenyum dan menjawab "i saja nak tanya ..hehe, bagus la tu kalau u sedar"
si rebut pelik kehairanan, namun dibiarkannya saja,
"do u know, this question is asking to me too", tu la i senyum coz jawapan i sama dengan u..
berbunga hati si rebut dengan apa yg di dengarnya..
"boleh tak u tunggu kat sini jap", si ribut berlari ke pesisir pantai kemudian mengukir sesuatu di atasnya..
si rebut hanya mengangguk tanda setuju.
---------------------------------------------------
"BADAN KITA BUKAN KALIS API NERAKA"

si rebut diam dan kehairanan melihat apa yang si ribut tulis atas pasir tersebut.
melihat reaksi si rebut, si ribut lantas bersuara,
"maafkan saya rebut,..badan kita bukan kalis api neraka.
Saat saya bercakap ni jangan risau saya normal dan  saya sedar. Akibat ke'normalan' dan ke'sedaran' inilah saya taknak buat awak dan saya susah, menambah dosa terus-terusan . Rebut, dulu saya pernah kata saya sangat sayangkan awak dan cintakan awak. Tapi apa gunanya semua perkataan tu kalau hakikatnya saya heret awak ke neraka. Saya heret kita untuk menempah dosa dengan free. Semua orang suka benda free kan?..Tapi kalau sebut pasal dapat dosa secara free, takkan kita nak juga? Rebut, kita ini juga "PENDOSA TEGAR", saya, awak dan kita..tahu kenapa?kerana bila di fikir secara logik akal, kita selalu kan buat dosa samada kita sedar atau tak, sengaja atau tak?...Malahan tiap-tiap hari kita buat dosa.Cuma kita yang buat tak kisah dengan dosa yang kita buat.
Kita tahu benda tu salah, kita tahu benda tu dosa.Tapi kita buat endah tak endah. Seolah-olah kita tak yakin dengan balasan dari Allah azzawajalla kelak. Saya sedar kesilapan saya selama ini dan mulai hari ini saya dan awak takda apa-apa hubungan istimewa lagi. Saya seorang pendosa tegar dan di sebabkan itulah saya sedar saya harus sentiasa alert  untuk memperbaiki diri hari demi hari. Dan di sebabkan saya pendosa tegar juga, saya harus lebih meningkatkan taubat saya pada Allah, memohon ampun atas dosa-dosa, melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan hidup semata-mata mencari redha Allah. Mungkin ya,,saya perlu merangkak dan bertatih untuk menjadi insan yang lebih baik, banyak dugaan dan cabaran.Tapi saya yakin, orang yang megambil langkah ke jalan Allah tak akan pernah menyesal.

Saya tahu awak akan faham dan menghormati keputusan saya. Mulai sekarang saya nak fokus pada pelajaran saya , taknak hampakan family saya.Owh ya,..Dalam sampul surat ni saya sertakan duit RM 200 untuk awak,walaupun saya tahu nilai ini  tak mampu ganti semua wang yang awak telah gunakan dalam perhubungan kita, ketahuilah saya tak nak rasa bersalah membelenggu diri dan rasa tak tenang, kerana mesti banyak yang awak guna untuk reload telefon, hadiah birthday pada saya,dan lain-lain, saya juga ingin pulangkan semua hadiah  yang awak bagi saya...pendrive ni tolong ambil  dan semua gambar awak yang ada dalam laptop dan handphone  saya,saya dah masukkan  dalam pendrive ni , takda satu pun gambar awak ada tempat saya lagi,awak jangan risau,saya juga dah padam gambar kita di facebook, twitter, blog dan
.............................................................................................................
sekali lagi saya minta maaf, semua yang saya buat ni hanya kerana Allah



p/s:cerita ini hanya rekaanku semata-mata,mohon tegur aq jika terdapat kesalahan dalam penulisan .Terima kasih kerana sudi baca ^_^
entry TAMMAT...suka? like jer..

Saturday, June 16, 2012

...

Bismillahirrahmanirrahim,

Suasana pagi yang amat sepi....3.42 a.m,Alhamdulillah Allah masih membri pluang untukku terus bernafas di BumiNya ini.

"You can't change what's done,u can't go back in time,can't try to change hurt feelings,or mend the broken hearts.All you can do is learn from mistakes,and hope you will never regret anything as much as you do now"

Aku ligat menaip bait-bait kata yang ingin ku kongsikan pada blog..namun hatiku keluh resah..Astaghfirullah...Sejak akhir2 ni banyak yg bertrbgn di onak pemikiranku...satu persatu menghinggapi..kadang2 aku jauh berfikir menerjah hakikat sebuah kehidupan yg aku lalui.


Dulu..............
Bisikan fitrah ini,mmg mengingnkan sebuah ketenangan.,
namun ia kadangkala pandai sendri ku lepaskan,
bilamana merasa oh hebatnya tekanan!,
Dulunya ,ku rasa indah hidup bertuhan,
Al-Quran jadi peneman,
sunnah jadi ikutan,
fokus pada cabaran pelajaran,
kuat menempuh cubaan,
bagaikan tiada terasa beban,

Kini................
bila dugaan mengusik hati,
terasa lemahnya diriku ini,
terasa "owh,betapa sakitnya cubaan ini"!!,
bagai xsorang pun memahami,
akhirnya ku menangis sorang diri...
cuba mencari ketenangan hati,

Silih berganti.....
Hari yg dilalui mendewasakan kotak pemikiran ini,
membuatkan diriku lebih memahami,
Hakikat sebuah kehidupan yang bererti,
ketenangan yg di cari dijumpai kembali,
sungguh..indahnya kembali pada Illahi,
setelah pahitnya di rasai,
setelah hujan membasahi bumi,
namun sekelumit rasa manis hadir membahagiakan hati,
SubhanAllah,indahnya Pelangi!..

QS 18:7 (surah Kahf):'Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada dibumi sebgai phiasan baginya untuk kami menguji mereka,siapakah di antaranya yang tbaik perbuatannya

"Jangan sesekali melanggar perintahnya ,krna Dia Tuhan kita,kita cuma seorang hamba yg mana hakikat seorang hamba ini xlayak sedikit pun untuk membantah"











entry TAMMAT...suka? like jer..

Sunday, June 3, 2012

Sentuh Hati dengan Cinta-Nya


Bismillahirrahmanirrahim
Firman Allah yang bermaksud:

katakanlah sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah ,tuhan semesta alam (QS 6:162)

di tengah malam yang sepi dan tenang ini aku tersentak dengan satu ayat*semangat face*

"Bahagia itu letaknya di hati yang redha,sabar dan syukur kepada Allah"

Bahagia dariNya,
Bahagia keranaNya,
aku berdoa agar aku akan memperoleh dua kebahagiaan yakni "di dunia dan akhirat"
Amin...





entry TAMMAT...suka? like jer..

Wednesday, May 23, 2012

Allah choose You



Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,keluarga serta sahabat baginda,
…………………………..
Aku merintih ,
DugaanMu ini kekadang membuatkan aku terasa bersendiri,
Di tambah lagi dengan longgarnya iman dalam hati,
Karat jahiliyyah masih menghantui,
Namun,ku teruskan juga meniti,
Walau yang ku rasa pahit sekali,

Ya Allah,
Sama siapa lagi harus ku mencari ketenangan abadi,
Hatiku sering berkata,kembalilah pada illahi,
Akan kau temui jawapan yang kau cari,
Dari setiap masalah yang kau hadapi,

Ya Allah,
Benarkah penantian itu satu penyeksaan?,
Benarkah setiap persoalan perlu ada jawapan?

Aku terpana dengan soalan ..,
………………….

Tidak..
Penantian itu satu cubaan,
Penantian itu satu dugaan,
Penantian juga bukan kebetulan,
Inilah namanya takdir dari Tuhan,
Bagi menguji kesabaran,

Ya,
Setiap persoalan perlu ada jawapan,
Hakikat manusia yang memang banyak soalan,
Untuk dapatkan suatu kepastian…

Namun manusia selalu lupa untuk memohon,
Memohon doa kepada tuhan ,
Untuk dapatkan satu jawapan,
Yang membawa ketenangan dan kebahagiaan…

Hakikat manusia juga yang sering lupa pada al-Quran,
Walhal al-Quran ada jawapan,
Namun bila adanya dugaan,
Hakikat manusia,bukan tuhan,tapi kawan ada jawapan,


Sebenarnya…
Di mana letaknya Allah di hatimu?
Tidakkah kau merasai bahawa indahnya hidup bertuhan?
Tidakkah kau merasai indahnya membaca al-Quran?,
Dapat menenangkan hati ,mendamaikan pemikiran,

Bukalah mata hatimu,
Siapa yang sebenarnya menguasai pemikiranmu?,
Arus kemodenan?
Arus fesyen?
Arus kemewahan?
Nafsu!ingin sangat kepuasan dunia,
Dunia di jadikan sandaran,
Walhal bukan kepunyaan,

Khalifah sekalian!,
Engkau ada kekuatan!
Engkau ada kebijaksanaan!
Peganglah sunnah dan Al-Quran!
100% Allah tempat pergantungan,
Letaklah dunia hanya di tangan,
Akhirat tetap di hati sebagai tujuan.










entry TAMMAT...suka? like jer..

Saturday, May 12, 2012

Ombak rindu




Bismillahirrahmanirrhim..

Aku hanyut di buai mimpi,
hujan mula membasahi ,
sepi datang kembali,
hati terasa sunyi,
terasa jauhnya cinta illahi..
ke mana perginya kini..

zzzzzzzzzzup!!!! tersentak..

Allah!!
Alhamdulilllah..beginilah tarbiyyah mendidik..teringat kata-kata seorang sahabat,andai kau buntu buka lah Al-Quran di situ kau temui jawapan,Andai kau bersedih buka Al-Quran,situlah kau temui kekuatan..Berdoalah pada Allah.Yakin ,bahawa Allah tak pernah menjauh.


ya illahi,
ku harap pengembaraan hidupku ini bukanlah suatu yang sia-sia..
Amin..



entry TAMMAT...suka? like jer..

Friday, May 11, 2012

kurniakan aku seorang yang aku perlu

Hati mengayun kata,angin meniup mesra,
sesuatu yang indah ku rasa...:)

bila hati berbicara,
tangan ligat menaip  kata..

Bismillahirrahmannirrahim.
segala pujian hanya bagi Allah ,tuhan semesta alam.
selawat serta salam buat junjungan besar nabi muhammad saw,keluarga serta sahabat baginda..

"KURNIAKAN AKU SEORANG YANG AKU PERLU"...

Al-isra,ayat19
"dan barangsiapa menghendaki  kehidupan akhiratdan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh ,sedangkan dia beriman ,maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik"

Aku membuka buku catatanku,then terpandang pada satu ayat yang tiba-tiba menarik perhatianku..

4 april 2012 ,
Bismillahirrahamnirrahim,
ya Allah,kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu,bukan seseorang yang aku mahu.
amin

sincerely
farah,@matrikulasi labuan.

Buat fara:
2/10/11 ,8.50 a.m
from :ukhty....
sahabat...berjalanlah dengan penuh harapan ..walau hidup ini tidak selalu bahagia..sedekahkanlah sebuah senyuman walau hatimu tidak mampu bertahan...belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..
hiduplah dalam iman walau hari penuh dugaan ..berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan.


Dear farah:
29/4/12,10.26 am
by: ukhty...
hidup nie penuh perjuangan ,laluilah kehidupan ini dengan tawakal padaNya.jangan rasa putus asa.Yakinlah Allah sentiasa bersamamu,jika kamu lemah menangislah dalam tahajudmu.mohon kekuatan padaNya.andaikata ana lemah pimpinlah tangan ana dan bisikkan kata-kata semangat pada ana.jangan rasa segan..semoga kamu terus sukses dan insyaAllah kita berjumpa di syurga..amin..

Setiap manusia inginkan yang terbaik unuk kehidupannya.Malahan hati aku dan  hati kamu sering meronta untuk memiliki sebuah ketenangan,kebahagiaan dan merasa indah hidup bersyariat,hidup bertuhan..tetapi kekadang ,manusia ni memang sering terlupa,melupai,melupakan,buat-buat lupa,dan sering rasa dirinya betul..aku di sini bukanlah mahu mengkritik sesiapa.malahan madah kata ini,sebagai ingatan buat diriku terutamanya.

Setiap orang takkan pernah lari dari menginginkan yang terbaik unuk dirinya,apatah lagi berkaitan teman,sahabat,kawan,friends dll.

"pandangan mata selalu menipu,pandangan akal selalu tersalah,pandangan nafsu selalu melulu,pandangan hati itu yang hakiki,kalau hati itu bersih"

Semua orang tahu hidup ni hanya sementara,semua orang tahu  hakikat sebuah kehidupan yang akhirnya pasti akan  menemui mati.tapi sejauhmana kita tahu dan beringat dengannya?

seorang sahabat pernah mengingatkan aku "hidup ni bukan seperti yang kita mahu,tapi  hidup ni seperti yang Allah mahu,kadang -kala kita memang di takdirkan tidak dapat apa yang kita mahu,tapi kita di takdirkan dapat apa yang kita perlu."

Actually  apa yang mahu di highlightkan hanyalah.."dalam persahatan yang kita perlukan hanyalah keyakinan pada Allah..jika kita yakin pada Allah bahawa Allah akan pilih sahabat yang terbaik buat kita insyaAllah ,itulah sahabat yang terbaik, yang sesuai dengan siapa diri kita..orang yang bersahabat yang bermatlamatkan mencari keredhaan Allah,akan di perindahkan ukhwwah antara mereka,diikat hati-hati mereka dengan tujuan hidup yang sama iaitu mencari redha Allah,akan dikuatkan tali persahabatan yang terbina.Persahabatan yang terbina atas dasar niat yang betul,ketakwaan yang kuat pada Allah..ianya sering mengingatkan sahabatnya dalam menjaga iman  dan kedekatan pada Allah.Persahabatan yang suci ia sering menjadikan rasululullah dan para sahabat contoh teladan yang terbaik dalam bersahabat.Al-quran dan as-sunnah pegangan utama.bermaafan amalan sentiasa,berlapang-dada  dijadikan sandaran.Doa-mendoakan sepanjang masa"

itulah maksud "sahabat yang aku Perlu"

sahabat yang aku perlu ialah sahabat yang boleh membawaku ke jannahNya..yang tak pernah lekang untuk sering mengingatkan aku tentang hari akhirat.

Namun dalam bersahabat,bersahabatlah dengan sesiapa sahaja.agar kita dapat mengambil sesuatu pengajaran dari sifat sahabat kita..insyaAllah jika Allah bukakan hatinya,dia akan berubah jadi yang lebih baik.Sahabat kita bukannya salah pun,cuma mereka belum faham sepenuhnya ,belum tahu setahu-tahunya,..








entry TAMMAT...suka? like jer..