::In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful::Assalammualaikum & Hye! I'm Farahani. Welcome to a place where i put my ideas & my stories. My Goal is just to please Allah. May we inspire each other. InsyaAllah. Pray for me ya.(^_^)Selalu senyum, selalu sangka baik, insyaAllah hati tenang ~::

Followers

Tuesday, March 18, 2014

Remehkah suruhan-Nya itu bagimu?

Bismillahirrahmannirrahim.

Hari demi hari berlalu. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menjadi 'pemerhati'. Best juga ada hobi dan diberi peluang untuk memerhati ni. Lebih best, andai memerhati tu, dapat kutip sedikit hikmah, buat diri lebih ingat & takut pada Illahi. Kan. 
Sebagai seorang pelajar universiti, tidak dapat tidak, library, bustop, dewan kuliah, bilik tutorial, cafe, dalam bas, surau/masjid, dan tandas adalah tempat yang tidak asing lagi. Dan aku turut terjebak. 

Ada satu hari tu, seperti biasa aku menunggu bas untuk pulang ke kolej kediaman. Macam pelajar yang lain. Pelajar yang ada motor dan kereta tu lain cerita pula. Back to the story, aku menunggu bas sendiri sahaja hari itu. Jadi secara automatiknya mulut tertutup rapat. Hanya menjadi pemerhati pelajar-pelajar yang lalu lalang dan ada juga senaman mulut= 'senyum' bila orang memandang aku,  kalau lelaki lalu, aku buat muka biasa saja.

Secara tak sengaja (baca = takdirNya) masa aku hendak duduk, tempat yang kosong cuma disebelah seorang perempuan bertudung labuh 'koshibo' warna hitam itu. Jadi aku pun duduk. Sah memang aku tak kenal. Khusyuk. Dia tertunduk-tunduk dengan sebuah buku kecil. Mulutnya terkumat-kamit, namun tidak bersuara. Aku sekadar memerhati. Malas menganggunya. 'Dia baca Al-Mathurat' monolog hatiku.
Saat itu, timbul perasaan terharu dalam hatiku pada muslimah itu.

Masakan tidak,
Disaat orang lain rancak menguis-nguis handphone mereka,
Disaat orang lain rancak berborak sambil hilai-tawa, tentang apa nak dimakan, tentang muvie, esaimen dan sebagainya,
Disaat itu, dia seakan-akan menjadi asing dimata pelajar-pelajar lain,
Disaat itu, betapa dia membuat semua itu demi redha-Nya, demi cintanya pada Rasulullah,
Betapa dia sangat takut dan tergugah jiwanya dengan peringatan Tuhan dalam Surah Al-Asr.
Aku kagum denganmu wahai muslimah. Akhlakmu menyentuh hatiku. -Monolog hatiku.


Aku memerhati, 
Namanya Manusia...
Dia tahu, tapi dia tak mahu,
Namanya Manusia...
Dia tahu, tapi dia tak buat,
Remehkah suruhan-Nya itu?
Solat, puasa, tutup aurat, jangan dekati zina, bayar zakat, bersabar, berzikir, baca Al-Quran, belajar dan riadah. 
Remehkah bagimu? 
Pernah tak kita ternampak teguran Allah ini?
"Apakah kamu menganggap remeh berita ini (Al-Quran)?" (Surah Al-Waqiah: ayat 81)
Lantas aku ulangi lagi,
Remehkah suruhan-Nya itu bagi Kita?

"Dan berapa banyak tanda-tanda (kebesaran Allah) dilangit dan dibumi yang mereka lalui namun mereka berpaling darinya".-( Surah Yusuf, 12: Ayat 105)

Yang suruh Solat itu Allah, 
Yang suruh Tutup aurat itu Allah,
Yang suruh Bersabar itu juga Allah, 
Yang suruh Puasa itu Allah,
Semua itu ada dalam Al-Quran.
Malahan banyak peringatan, banyak yang Allah beritahu kepada kita untuk mentadbir diri & alam ini dengan baik melalui Al-Quran. 
Bila agaknya kali terakhir kita membaca Al-Quran sambil terpukul jiwa kita dek tersentuh dan insaf dengan peringatan-Nya? Bila?

Aku memerhati,
Dan aku sedar, Kita berada dizaman yang canggih,
Teroka semua dengan teknologi, 
Dan tidak ketinggalan teknologi canggih tadi turut membawa fenomena 'dakwah melalui maya' kepada golongan dai'e zaman ini. Mungkin dengan izin Allah, ada hati yang tersentuh dengan dakwahnya. Bagus. Keep it up dai'e! Namun tidak kurang juga ada yang 'batu'.

Maka wahai yang terasa,
Kau silap andai kau rasa 'ish, macam sindir aku je' bila ada sahabatmu buat status/Quote di Fb, Twitter, Insta, dan lain-lain mengenai solat, tutup aurat, jangan dekati zina, baca Al-Quran, dan buat baik pada Ibubapa.
Dia tak sindir kamu sayang, suruhan solat, puasa, tutup aurat tu dari Allah. Allah yang suruh. Dia tulis sebab dia juga sedang berusaha untuk memperbaiki dirinya, dia tulis sebab dia tahu kau juga masih belum cukup kekuatan untuk ke arah itu, kau masih berjuang, dia juga masih berjuang, dimedan masing-masing. Mengapa kau tidak menganggap setiap bait kata yang kau terbaca di alam maya ini, ada didikan Allah, ada teguran Allah untukmu?

Allah menyayangimu. Allah menyayangimu. Lantas kau dipilihNya untuk terbaca peringatan itu. Bersyukurlah.

Wahai yang hidup dan akhirnya pasti mati,
Bukankah, Islam mengajar kita untuk sentiasa memikirkan kesan kepada setiap tindakan yang kita buat?
Sungguh ini kerana, 
Syurga itu benar, Neraka itu benar, Kematian itu benar, Azab & seksa-Nya itu benar.
Sekarang, mungkin dosa & pahala itu memang masing-masing boleh sorok, kawan sebelah tak boleh teka banyak mana sudah catatan buku kiri dan buku kanan,
Kawan sebelah tak boleh teka semberono antara malaikat kanan atau kiri yang busy, 
Tapi tidak dengan Allah,
Allah Maha Mengetahui segalanya,
Dia adalah hakim yang Maha Adil,
Pemerhati yang sentiasa melihatmu tiap ketika,

Sekarang memang takkan tersingkap dosa  dan pahala yang kau lakukan, 
Di akhirat nanti semua akan dikupas detail satu persatu segala perbuatan,
Kita bakal berhadapan dengan hakim yang Maha Adil,
Tuhan semesta alam, sungguh, janji-Nya itu benar, 
Aku, kau, kita semua..tidak terkecuali..semua akan disoal.

Sesungguhnya kebanyakkan jeritan penghuni neraka adalah disebabkan oleh penangguhan taubat (Imam Al-Ghazali).

Jika Kamu tergoda dengan dosa, ingat 3 perkara:
1. Allah melihat
2. Kematian 
3. Malaikat mencatat.

May Allah ease everything.
Jika benar cinta, hendak bersama ke syurga.
18 march 2014, 7.59 am, Kolej kediaman Seri Angkasa,
Universiti Malaysia Sabah,
Hamba Allah. Pekerja Dia.
Farahani Binti Md. Noor

entry TAMMAT...suka? like jer..