::In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful::Assalammualaikum & Hye! I'm Farahani. Welcome to a place where i put my ideas & my stories. My Goal is just to please Allah. May we inspire each other. InsyaAllah. Pray for me ya.(^_^)Selalu senyum, selalu sangka baik, insyaAllah hati tenang ~::

Followers

Wednesday, March 19, 2014

Sempitnya lorong jalan ini?

Sempitnya lorong ini?

Pernah satu hari, aku duduk termenung di hadapan meja belajar. Kosong. Diam. Sunyi. Sesekali aku menjengah ke luar jendela, melihat langit Allah yang terbentang luas. Ada rasa ketenangan apabila melihatnya. Tunduk. Sayunya rasa hati itu. Terasa seakan sempitnya lorong yang aku lalui saat ini. Aku teringat pesan seorang sahabat, ‘…jalan untuk berubah ke arah kebaikan itu tidak sesekali menjanjikan kesenangan berpanjangan, namun yakinlah bahawa orang yang mengambil langkah berubah ke arah kebaikan, tidak sesekali usahanya itu disia-siakan oleh Allah, bersabarlah & bersolatlah, ingat (Surah Al-baqarah: 45-46)..”

Menggugah jiwa.

Diam. Hanya bunyi kicauan burung menemani sambil angin bertiup lembut. Seakan membelai jiwa ini.

Inilah sunatullah dalam kehidupan. Dalam berubah ke arah kebaikan juga Allah sediakan ujian-ujian yang memukul jiwa dan menyentuh sanubari. Kadang-kala hati kecil ini tertanya-tanya mengapa jalan untuk berbuat baik juga penuh dengan rintangan? Mengapa jalan untuk berubah juga penuh perjuangan? ‘Aku bukan nak buat jahat, bukan nak buat dosa, semua ini aku buat demi mencari redha-Mu ya Allah, semua ni aku buat demi mendapatkan kasih sayang-Mu ya Allah, semua ni aku buat, kerana aku yakin dengan ayat-ayat cinta-Mu  dalam Al-Quran ya Allah’. Itulah mungkin antara monolog hati kita yang kita berharap sungguh Allah mendengarnya, sudi memandang kita, dan memberi pertolongan pada konfliks serta persoalan yang kita hadapi dalam berubah ini.

Sebagai seorang pemandu jalan raya atau pun mungkin penumpang, pasti tidak asing lagi bagi kita dengan jalan raya yang luas lorongnya dan jalan raya yang sempit lorongnya? kan. Ingin saya bertanya/ mengajak anda berimaginasi dengan satu analogi, pernah tak kita melalui satu lorong jalan yang sempit?. Tujuan kita melalui lorong itu tidak dapat tidak  pasti untuk sampai ke suatu destinasi. Mungkin kita hendak bermalam di rumah datuk dan nenek. Biasanya terletak di Kampung. Lantas bagaimana corak pemanduan kita?. Adakah kita berhati-hati?, Memandu dengan laju?. Saya yakin, kita pasti akan memandu kereta dengan teliti dan berwaspada. Kan. 

Disebabkan jalan di Kampung mempunyai lorong yang sempit kita mungkin perlu berundur, menepi, dan sebagainya jika bertembung dengan kereta yang lain, sebab kita risau, akan tergesel dengan kereta itu dan mengakibatkan calar pada kereta masing-masing. Malahan sesekali kita akan terjumpa dengan lembu, kerbau, kambing, kucing, anak-anak ayam serta ibunya, dan ular yang mungkin hendak melintas atau bermain-main di lorong yang kita lalui itu. Lantas kita memberhentikan kereta. Menunggu dengan penuh sabar. Yang tidak sabar dan tidak mahu merendahkan had laju keretanya akan menge’hon’ gerombolan haiwan itu. Kesian. Tidak kurang juga semasa kita melalui jalan yang berlorong sempit ini, ada pula sekumpulan kanak-kanak mengayuh basikal dengan gembiranya. Lantas kita diuji lagi untuk bersabar. Bahkan! Ada sesekali kita akan terserempak dengan lubang-lubang jalan yang tidak kurang hebat dalamnya, tahi-tahi kerbau dan lembu, dahan-dahan kayu yang menghalang jalan, serta lumpur-lumpur. Lantas kesabaran kita juga diuji ketika itu.



Dan lorong itu jika diperhatikan, memang penuh ujian. Seakan semuanya nampak menyedihkan.

Lantas dimana keindahan, ketenangan, dan kebahagiaan dalam melalui lorong itu?

Bukankah destinasi yang kita hendak tuju itu memberi kekuatan untuk kita?

Bukankah destinasi yang kita hendak tuju itu memberi kebahagiaan yang tidak tergambar indahnya?

Bukankah semua yang kita lalui tadi banyak mendidik kita dengan erti sabar dan erti bertolak ansur?

Bukankah semua yang kita lalui untuk sampai ke destinasi banyak mengajar kita untuk berhati-hati?

Jawapannya semestinya ‘ya’. Pujuklah hatimu wahai insan yang mengambil jalan berubah ke arah kebaikan.

Beginilah juga sifirnya dalam usaha memperbaiki diri. Jalan ini mungkin karpetnya penuh dengan kesedihan dimata kita, Ada saat kita akan merasa tergugat ketabahan dan kemampuan kita untuk meneruskan perjuangan dalam perubahan ini. Kadang-kala terasa ingin putus asa.

Masakan tidak, sebagai contoh. Di saat kita baru berjinak-jinak hendak menutup aurat dengan sempurna, pakai stokin, pakai tudung yang lebih labuh, ada suara-suara yang menegur, menyindir, dan mencemuh kita, Seakan perubahan kita tidak mendapat sokongan. Walhal kita buat sebab kita tersedar dari lena, dan malu pada illahi, ingin mengikut perintahNya, kembali kepada fitrah. Disaat kita berubah, kawan-kawan tidak menyenangi perubahan kita, mereka menjauh, kita sendiri. Disaat kita berubah, seakan banyak timbulnya dugaan-dugaan dalam pelajaran, dengan keluarga, dan masalah kewangan.

Sempitnya lorong ini?
Sabar lah sayang. Allah itu sesekali tidak pernah menjauh dari kita. Dia telah merancang semuanya dengan baik dan pastinya sebatas kemampuan kita. Destinasi kita adalah Allah. Syurga-Nya. Masakan untuk dapatkannya, hanya jalan-jalan yang manis yang kita hendak lalui. Masakan untuk dapatkannya perlu berlenggang kangkung, ikut rasa dan mahu kita sahaja?. Rasulullah dan para sahabat juga melalui ujian yang hebat dari Allah. Hayatilah dan bacalah sirah. Tidakkah kita mahu mengambil pelajaran?. Bersyukurlah. Yakinlah, janji Allah itu benar. Andai kau rasa dirimu susah, sempit, dan 1001 rasa lagi. Lihatlah pada orang yang jauh lebih susah dari kita. Ada manusia yang istimewa, diuji dengan buta, bisu, pekak, tiada kaki, dan tiada tangan. Lihatlah dirimu, kau masih ada semua itu, masih dipinjamkan oleh-Nya. Lihatlah juga pada pesakit-pesakit yang terlantar dihospital, pelbagai peringkat umur, dari baby hinggalah yang lanjut usia. Ada yang demam, ada yang koma bertahun-tahun, ada yang menghidap kanser, ada yang menanti penderma organ untuk tubuh badannya, ada yang masuk keluar hospital kerap, dan bermacam-macam lagi penyakit yang Allah uji mereka. They are choosen. You’re choosen too. Bersyukurlah kerana-Nya. Sesekali ziarahlah kubur, dan beringatlah, suatu hari kita juga akan masuk ke dalam kubur. Kita akan Mati. Semua orang akan mati. Dan Mati itu pasti.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang pintar itu ialah yang selalu menjaga dirinya (dari hal buruk) dan banyak beramal untuk bekalnya di Akhirat kelak"-(HR.Tirmidzi)

Allah s.w.t juga ada berfirman dalam Al-Quran:
“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan”- ( Surah Al-Ankabut: 57)

Lantas, apakah persiapan kita? Bekalan kita?

Ketahuilah, aku sedang berjuang dengan dugaan yang Allah beri kepadaku, kau sedang berjuang dengan dugaan yang Allah beri kepadamu, dan semua orang sedang berjuang. Motivasi utama kita adalah Allah. Untunglah orang yang diuji itu, andai ujian itu membuatkan dia dekat pada Allah. Rugilah orang yang diuji itu, andai ujian itu membuatkan dia semakin jauh pada Allah.

Buat apa yang Allah suka, insyaAllah bahagia akan menjadi milik kita!. Percayalah. 
Tebalkan cinta itu...
Cinta pada Allah & Rasulullah,
Berdoalah pada Allah,
Dia sesekali tidak akan menghampakanmu.
Minta padaNya sungguh-sungguh.
Dah. Senyum. Jangan nangis lagi. Allah bersamamu. May Allah ease everything.

May Allah bless us.
#Artikel ini juga dipublishkan di laman AkuIslam.com

entry TAMMAT...suka? like jer..

Tuesday, March 18, 2014

Remehkah suruhan-Nya itu bagimu?

Bismillahirrahmannirrahim.

Hari demi hari berlalu. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menjadi 'pemerhati'. Best juga ada hobi dan diberi peluang untuk memerhati ni. Lebih best, andai memerhati tu, dapat kutip sedikit hikmah, buat diri lebih ingat & takut pada Illahi. Kan. 
Sebagai seorang pelajar universiti, tidak dapat tidak, library, bustop, dewan kuliah, bilik tutorial, cafe, dalam bas, surau/masjid, dan tandas adalah tempat yang tidak asing lagi. Dan aku turut terjebak. 

Ada satu hari tu, seperti biasa aku menunggu bas untuk pulang ke kolej kediaman. Macam pelajar yang lain. Pelajar yang ada motor dan kereta tu lain cerita pula. Back to the story, aku menunggu bas sendiri sahaja hari itu. Jadi secara automatiknya mulut tertutup rapat. Hanya menjadi pemerhati pelajar-pelajar yang lalu lalang dan ada juga senaman mulut= 'senyum' bila orang memandang aku,  kalau lelaki lalu, aku buat muka biasa saja.

Secara tak sengaja (baca = takdirNya) masa aku hendak duduk, tempat yang kosong cuma disebelah seorang perempuan bertudung labuh 'koshibo' warna hitam itu. Jadi aku pun duduk. Sah memang aku tak kenal. Khusyuk. Dia tertunduk-tunduk dengan sebuah buku kecil. Mulutnya terkumat-kamit, namun tidak bersuara. Aku sekadar memerhati. Malas menganggunya. 'Dia baca Al-Mathurat' monolog hatiku.
Saat itu, timbul perasaan terharu dalam hatiku pada muslimah itu.

Masakan tidak,
Disaat orang lain rancak menguis-nguis handphone mereka,
Disaat orang lain rancak berborak sambil hilai-tawa, tentang apa nak dimakan, tentang muvie, esaimen dan sebagainya,
Disaat itu, dia seakan-akan menjadi asing dimata pelajar-pelajar lain,
Disaat itu, betapa dia membuat semua itu demi redha-Nya, demi cintanya pada Rasulullah,
Betapa dia sangat takut dan tergugah jiwanya dengan peringatan Tuhan dalam Surah Al-Asr.
Aku kagum denganmu wahai muslimah. Akhlakmu menyentuh hatiku. -Monolog hatiku.


Aku memerhati, 
Namanya Manusia...
Dia tahu, tapi dia tak mahu,
Namanya Manusia...
Dia tahu, tapi dia tak buat,
Remehkah suruhan-Nya itu?
Solat, puasa, tutup aurat, jangan dekati zina, bayar zakat, bersabar, berzikir, baca Al-Quran, belajar dan riadah. 
Remehkah bagimu? 
Pernah tak kita ternampak teguran Allah ini?
"Apakah kamu menganggap remeh berita ini (Al-Quran)?" (Surah Al-Waqiah: ayat 81)
Lantas aku ulangi lagi,
Remehkah suruhan-Nya itu bagi Kita?

"Dan berapa banyak tanda-tanda (kebesaran Allah) dilangit dan dibumi yang mereka lalui namun mereka berpaling darinya".-( Surah Yusuf, 12: Ayat 105)

Yang suruh Solat itu Allah, 
Yang suruh Tutup aurat itu Allah,
Yang suruh Bersabar itu juga Allah, 
Yang suruh Puasa itu Allah,
Semua itu ada dalam Al-Quran.
Malahan banyak peringatan, banyak yang Allah beritahu kepada kita untuk mentadbir diri & alam ini dengan baik melalui Al-Quran. 
Bila agaknya kali terakhir kita membaca Al-Quran sambil terpukul jiwa kita dek tersentuh dan insaf dengan peringatan-Nya? Bila?

Aku memerhati,
Dan aku sedar, Kita berada dizaman yang canggih,
Teroka semua dengan teknologi, 
Dan tidak ketinggalan teknologi canggih tadi turut membawa fenomena 'dakwah melalui maya' kepada golongan dai'e zaman ini. Mungkin dengan izin Allah, ada hati yang tersentuh dengan dakwahnya. Bagus. Keep it up dai'e! Namun tidak kurang juga ada yang 'batu'.

Maka wahai yang terasa,
Kau silap andai kau rasa 'ish, macam sindir aku je' bila ada sahabatmu buat status/Quote di Fb, Twitter, Insta, dan lain-lain mengenai solat, tutup aurat, jangan dekati zina, baca Al-Quran, dan buat baik pada Ibubapa.
Dia tak sindir kamu sayang, suruhan solat, puasa, tutup aurat tu dari Allah. Allah yang suruh. Dia tulis sebab dia juga sedang berusaha untuk memperbaiki dirinya, dia tulis sebab dia tahu kau juga masih belum cukup kekuatan untuk ke arah itu, kau masih berjuang, dia juga masih berjuang, dimedan masing-masing. Mengapa kau tidak menganggap setiap bait kata yang kau terbaca di alam maya ini, ada didikan Allah, ada teguran Allah untukmu?

Allah menyayangimu. Allah menyayangimu. Lantas kau dipilihNya untuk terbaca peringatan itu. Bersyukurlah.

Wahai yang hidup dan akhirnya pasti mati,
Bukankah, Islam mengajar kita untuk sentiasa memikirkan kesan kepada setiap tindakan yang kita buat?
Sungguh ini kerana, 
Syurga itu benar, Neraka itu benar, Kematian itu benar, Azab & seksa-Nya itu benar.
Sekarang, mungkin dosa & pahala itu memang masing-masing boleh sorok, kawan sebelah tak boleh teka banyak mana sudah catatan buku kiri dan buku kanan,
Kawan sebelah tak boleh teka semberono antara malaikat kanan atau kiri yang busy, 
Tapi tidak dengan Allah,
Allah Maha Mengetahui segalanya,
Dia adalah hakim yang Maha Adil,
Pemerhati yang sentiasa melihatmu tiap ketika,

Sekarang memang takkan tersingkap dosa  dan pahala yang kau lakukan, 
Di akhirat nanti semua akan dikupas detail satu persatu segala perbuatan,
Kita bakal berhadapan dengan hakim yang Maha Adil,
Tuhan semesta alam, sungguh, janji-Nya itu benar, 
Aku, kau, kita semua..tidak terkecuali..semua akan disoal.

Sesungguhnya kebanyakkan jeritan penghuni neraka adalah disebabkan oleh penangguhan taubat (Imam Al-Ghazali).

Jika Kamu tergoda dengan dosa, ingat 3 perkara:
1. Allah melihat
2. Kematian 
3. Malaikat mencatat.

May Allah ease everything.
Jika benar cinta, hendak bersama ke syurga.
18 march 2014, 7.59 am, Kolej kediaman Seri Angkasa,
Universiti Malaysia Sabah,
Hamba Allah. Pekerja Dia.
Farahani Binti Md. Noor

entry TAMMAT...suka? like jer..

Monday, March 17, 2014

Bila Allah menduga kita, Pancinglah kesungguhan itu dengan Hebat!!

Bila Allah menduga kita,

Kekadang tu kita rasa 'Argh!!!! kenapa tiada seorang pun yang boleh memahami aku??', Kenapa aku dilabel dan terlabel? Kenapa aku itu..kenapa aku ini?. Lantas kita tak senang duduk, giat mencari sumber 'pengaduan'. kita mengadu sana sini perihal ujian dan dugaan yang melanda kita pada orang lain. Mungkin mengharap sedikit pemahaman, sedikit simpati dan empati, serta sedikit nasihat.
Bahkan kita tidak berhenti disitu, kita teruskan usaha mencari pelbagai alternatif untuk menenangkan hati, fikiran dan mungkin sebagai wasilah untuk melupakan apa yang kita hadapi. Itu normal. Manusia la katakan.

Bila Allah menduga kita,

Yes. Bagaikan berada di bazar ramadhan!!. Namun bezanya disini, kita berhadapan dengan pelbagai rasa yang hendak dipilih dan dibeli. Namun sedar tak sedar kita sudahpun asyik membelai diri dengan prasangka-prasangka, marah, gelisah, resah, tidak tenang, ragu-ragu, dan 1001 lagi rasa-rasa negatif yang kita cuba pancing masuk dalam fikiran dan diri kita. Betul tak?

Bila Allah menduga kita,
Bukan kita tidak sedar. Malahan kita memang tahu. Abad yang kita hidup ni, bermacam juadah yang dihidangkan dunia, bezanya wasilah(cara) yang kita pilih itu boleh jadi samaada ianya mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah sahaja. Itu bezanya!. Sekarang ada pelbagai jenis games, pelbagai jenis movies, pelbagai jenis hiburan, pelbagai jenis muzik, pelbagai jenis fesyen pakaian, pelbagai jenis tempat, dan kita jangan lupa pelbagai juga jenis manusia yang ada di dunia ini. Tidak salah untuk semua itu dengan syarat kita jangan lemas dan dilemaskan. KITA, andai solat sampai tinggal, ibadah lain sampai lalai, tanggunggjawab lain terabai, badan jadi ekstra malas dan longlai. Say babai saja pada ‘cara’ yang kita anggap dapat menenangkan atau melupakan masalah kita itu.

KITA,

Mungkin ada suatu ketika ujian itu hadir dalam bentuk yang unik dan yang kita tidak sangka iaitu dilabel, terlabel dan kadang-kala kita pandai juga melabel, ingatlah pesan ini, semoga ada manfaatnya bersama.
Orang ni menilai, orang tu menilai, orang mengenali menilai, orang tidak mengenali menilai, banyak penilai-penilai. Beringatlah, semua yang kita nilai itu akan diminta pertanggungjawabkan. When someone judge you, ambil yang boleh membina diri dan pandang nilaian seseorang tu dengan matang, skop yang luas, positif dan muhasabah balik diri, jangan ambil dari sisi yang boleh menjatuhkan diri (fikiran negatif), jalan untuk berubah ke arah kebaikan tidak hari-hari ditaburi bunga dan dibentangkan karpet merah. Selamanya, penilai dan hakim yang terbaik itu Allah. Banyak indikator yang harus diperhati sebenarnya, menilai memang hak individu itu (mulut orang kita mana boleh tutup, kita bukan mesin pemuas hati semua, lumrah jika ada yang suka dan ada yang tidak suka). Kita tak minta pun, orang tetap nilai kita baik di depan atau dibelakang, namun cara menilai tu harus sama-sama kita muhasabah, kena guna ilmu, bukan emosi. Kan.

KITA,
Ada juga suatu ketika,

BILA ALLAH MENDUGA KITA DENGAN UJIAN ITU.

Akhirnya kita tetap tidak merasa apa-apa dari pengaduan kita pada si dia, dia, dan dia. Akhirnya kita tetap tidak merasa apa-apa dari pelbagai cara yang kita try and error itu. Susah hendak di explain . Kosong!!!. Macam ada yang tak kena pada hati. Kita rasa kita sudah meluah segala pada dia, dia, dan dia. Tapi, hati terasa seakan banyak lagi yang tidak terluah. Banyak lagi yang masih dipendam. Hati tidak puas. Hati rasa ‘berat’. Ha..Begitu lah yang kita rasa.

Nak kata tak solat, kita solat.
Nak kata tak berzikir, Kita berzikir.
Nak kata tak berdoa,  Kita berdoa.
Nak kata tak mengaji, Kita mengaji.
Kita dah lakukan pun solat, zikir, doa, mengaji dan mungkin bermacam-macam lagi. Dimana lagi silapnya?

Bila Allah menduga kita,
Kesungguhan.
Ya. Kesungguhan inilah yang kita perlukan. Kesungguhan yang sebenar-benarnya. Kesungguhan yang berkobar-kobar. Kesungguhan yang istiqamah. Bukan yang ala kadar Bukan juga kesungguhan yang hanya melepas batuk ditangga. Ada beza orang yang benar-benar bersungguh dengan orang yang bersungguh biasa-biasa. Saya menulis disini bukan hendak menilai dan meragui kesungguhan anda. Itu urusan kita masing-masing dengan Allah. Sebab kita sendiri tahu bagaimana kita bersungguh. Dan Sungguh Allah Maha Mengetahui kesungguhan kita.

Benar. Kita sudah bersungguh. Namun ingatlah mungkin kesungguhan kita belum berada di level yang boleh dikatakan benar-benar bersungguh. Mungkin bersungguh kita untuk satu-satu tempoh masa sahaja atau sesuatu perkara sahaja. Lepas itu, kita kurang kesungguhan. Cuba kita fikirkan bersama, ada kita pernah kisah tentang beza berdoa dengan feel dengan berdoa yang kita tak rasa pun feel itu?. Yakinlah feel itu yang selama ini kita perlu. Hendak rasa feel itu. Kita kena dekatkan diri pada Allah. IMAN bagi mantap, dan perbaiki. Recheck!. Dalam hendak buat segala sesuatu, niat kena lillahitaala. Doa dan terus doa. Buat dan terus buat. Jangan pula ditinggal terus.

Andai kita bersungguh tapi tak dapat, bersungguh lagi, namun masih tak dapat, bersungguh lagi teru dan terus sampailah habis nyawa kita.

Ya, kita solat, berzikir, berdoa, mengaji dan segalanya. Allah lihat, Allah nilai. Itu sudah tentu. Namun sebagai hamba yang terlalu banyak menerima nikmat dari Allah, harus kita sering muhasabah diri, contohnya dalam berdoa. Kekadang tu kita berdoa hanya sekadar berdoa. Lebih banyak mungkin masa kita berdoa itu yang dalam keadaan terkejar-kejar daripada berdoa yang kita duduk lama, serius, menghayati, dan mungkin menangis dalam berdoa. Kita tak hadirkan sekali rasa bersungguh tu, rasa hamba itu. Di situ bezanya. Ingatlah, Kita meminta pada yang Maha Besar, Maha Memberi, Maha mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sampai hati kita meminta dengan sambil lewa? Bukankah masa itu juga milikNya?. Ditambah lagi, kekadang tu mungkin diluar solat kita ragui dan persoalkan pula doa-doa kita tentang kenapa Allah tak jawab dan tak kabulkan doa kita. Jika kita boleh khusyuk tengok movies, bak kata orang ‘faham benar konsep ceritanya’ sampai boleh buat kita ketawa atau mungkin ada part yang juga boleh buat kita sedih tapi kenapa tidak dalam berdoa, solat, berzikir dan sebagainya?. Ironinya, bukankah kesungguhan kita dalam memahami movies itu membuatkan kita rasa ingin ketawa dan menangis?  Tepuk Dada, Tanya Iman.




Renung-renungkan.
Bila Allah menduga kita,
Ingatlah bahawa,
Ada amanah yang kita galas,
Mungkin kita nampak satu dua yang menonjol,
Namun sebenarnya, setiap apa yang kita ada, dipinjamkan, dan apa yang kita pilih,
ada amanah didalamnya, akan diminta dipertanggungjawabkan.

Ketahuilah, selamanya sebaik-baik tempat mengadu adalah Allah s.w.t, no one knows our pain more than Allah and no matter how much someone knows, no one cares as much as Him. Sama sekali tak salah hendak mengadu dan bercerita dengan orang lain. Mungkin dari situ kita beroleh nasihat yang berguna yang membina diri dan mendekatkan kita pada Allah. Yang penting kita jangan lupa bergantung sepenuhnya pada Allah. Mengadu sungguh-sungguh yang sungguh ekstrim melebihi kita mengadu pada orang lain  masalah kita itu pada Allah. Itu baru awesome! Untuk kita yang diuji, semua orang ada bahagian ujian-Nya yang memang khas untuk dia. Sabar. Yakinlah, Allah Maha Adil. Allah uji, Allah sayang. Andai kau rasa dunia dan seisinya seakan-akan tidak memahamimu, ketahuilah ada Allah yang sentiasa sudi, sentiasa memahami, sentiasa menguatkan, sentiasa menolong, sentiasa menenangkan, dan sentiasa mendengarmu. 

Yakinlah, janji Allah pasti benar. Kita perlu lebih sabar dan lebih syukur. Jom sama-sama kita membina diri, dan cari redha Allah.


"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat..."-( Al-Baqarah 2: ayat 45)

" Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak diantara mereka menjadi orang-orang yang fasik."-( Surah al-Hadid 57:16)

May Allah bless us.
#Artikel ini turut dipublishkan di laman AkuIslam.com




entry TAMMAT...suka? like jer..