::In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful::Assalammualaikum & Hye! I'm Farahani. Welcome to a place where i put my ideas & my stories. My Goal is just to please Allah. May we inspire each other. InsyaAllah. Pray for me ya.(^_^)Selalu senyum, selalu sangka baik, insyaAllah hati tenang ~::

Followers

Sunday, July 6, 2014

pasakkan azam yang utuh!

Ada ketika,
Hati seakan kuat sekali, gagah melangkah,
Terasa banyak yang disisi,
Tenang…
Namun ada juga ketika,
Hati seakan rumit di fahami, parah,
Terasa semua macam menjauhi,
Resah…
Mungkinkah aku yang  menjauh dari Tuhan?
Mungkinkah aku sudah lemas dan dilemaskan oleh dunia?
Tepuk dada, tanya iman.
….
Bukan mudah hendak mengubat rasa duka dan sedih,
Pertarungan yang hebat dengan perasaan sendiri,
Siapa yang tahu…
Bukan mudah hendak bangkit semula apabila hati sudah terhiris, dicucuk pelbagai jenis duri,
Apalagi isi dunia seakan mengejek,
Pada perjuangan dan perubahan diri.
….
Di saat diri mula percaya dan memerlukan seorang sahabat sepertimu,
Di saat diri mengharapkanmu sebagai tempat meluah rasa dan menadah ilmu,
Di saat itulah dengan takdirNya dirimu seakan
Menjauh, Melepaskan dan membiarkan diriku terkapai-kapai,
Kau dengan jalanmu,
Aku dengan jalanku,
Hmm…aku sudah biasa diperlakukan begini,
Manusia…
seringkali membuat aku kecewa,
Katamu ukhwwah?
Phew…

Biarlah…
Aku harus berdamai dengan takdirNya,
Kerana bukan semua yang aku rasa baik untuk diriku adalah baik, mungkin sebaliknya,
Allah knows best..
Pertempuranku dan perjalananku masih bersisa,
Mesti diteruskan,
Kadang-kala bimbang,
Terhuyung-hayang,
Seakan jalan di hadapan itu terasa banyak cabang,
Sering berada di persimpangan,
Peluh berguguran,
Manik-manik jernih juga bertitikkan seperti hujan,
Ku tutup mata sejenak, lantas ku buka…
“Alhamdulillah, MashaAllah”
“HIDUP INI PENUH CINTA, SEMUA KERANA DIA”
Ku lihat laut yang terhampar luas,
Langit biru yang mempersonakan,
Tenang…

Wahai diri, sedarilah bahawa hakikatnya,
HIDUP INI UJIAN DARI TUHAN,
Tersilap memilih langkah meranalah diri, terseksalah hati,
Justeru,
Liku-liku kehidupan yang mengkehendaki dirimu membuat pilihan,
Sangat memerlukan kemantapan imanmu yang luar biasa,
Hubungan dengan Allah tak boleh longgar,
Lantas,
BINALAH IA!
Jangan berputus asa!

Pasakkan azam yang utuh di hatimu:
  1. Aku ingin sekali mengembara di lautan ilmu,
  2. Sabar dalam segala dugaan dan kemungkinan yang mendatang,
  3. Redha dengan setiap ketentuan yang terhidang,
  4. Doa sebagai pengharapan dan senjata,
  5. Solat sebagai vaksin yang berkesan dan menenangkan,
  6. Sujud sebagai ibadah yang membahagiakan,
  7. Zikrullah sebagai kumat-kamit harian,
  8. Memberi dan membahagiakan orang lain sebagai ladang pahala,
  9. Syahid …husnul khatimah sebagai impian,
  10. Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan dan diamalkan dalam kehidupan
  11. Membaca dan menulis sebagai terapi diri
  12. Berbaiksangka kepada Allah adalah kewajiban.
  13. Sayangi & syukuri setiap ciptaan dan pemberian Allah.
Dan akhirnya…
Biarlah Allah sahaja yang menilai semua.
Itu lebih baik..
….


entry TAMMAT...suka? like jer..