::In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful::Assalammualaikum & Hye! I'm Farahani. Welcome to a place where i put my ideas & my stories. My Goal is just to please Allah. May we inspire each other. InsyaAllah. Pray for me ya.(^_^)Selalu senyum, selalu sangka baik, insyaAllah hati tenang ~::

Followers

Thursday, April 10, 2014

Mutiara kata yang menggugah jiwa

Bismillah,

(hajat di hati nak cari buku ni besok di k.k, sangat-sangat tak sabar untuk membaca buku kak Suhana Amiril, penulis yang aku dah mula jatuh cinta dengan cara penulisannya, dan akhlaknya :") )

Semasa membuat esaimen itu, dan itu, serta  itu, al-kisah aku bertanyalah pendapat itu, ini pada mama dan abah, tak senang duduk bila idea tak muncul-muncul, - dari bilik ke ruang tamu, dari ruang tamu ke meja makan dapur, dari dapur ke bilik. Dari buka banyak link membaca itu ini, kepada bermain riang gembira bersama adik-adik. eheh. marathon. 

Tidak disangka, dalam peralihan aku ke dapur dan ruang tamu. Ada mutiara kata yang abah dan mama beri.
Hujan di hati bila mendengarnya. Ohoi. Terima Kasih Ya Allah. Terima kasih ma, abah. 

Jika kita hendak menulis sesuatu, even kita sebagai penulis, kita bayangkan yang kita ialah orang yang bakal membaca hasil tulisan tu, bukan hanya ikut suka kita, hanya mengeluarkan apa yang kita rasa, ambil kira juga pelbagai sisi pandangan dan kesan-kesannya jika begini/ begitu corak penulisan kita, luaskan skop pemikiran, disamping kita tulis isi dan fakta, selitkan juga contoh yang sesuai. Kita bayangkan kita zero (maksudnya, fahamilah bahawa ada pelbagai tahap pemahaman manusia, dan latar belakang manusia, try letak diri kita ditempat dia), guna bahasa yang mudah di fahami, guna bahasa yang penuh dengan makna, dan bila baca hasil tulisan tu, orang dapat faham apa yang kita cuba sampaikan. - Abah

Menulis biarlah dengan rasa kasih sayang. InsyaAllah jika niat betul. Akan timbul rasa bahagia bila menulis. Orang yang menulis dari hati biasanya akan sampai ke hati juga. Jika niat untuk menyebarkan ilmu, teruskan. Dalam apa jua bidang, ada cabaran yang tersendiri. Kena banyak-banyak bersabar. Bertanyalah kepada orang yang tidak tahu jika kita tidak tahu. Jujurlah dalam menuntut ilmu. Buatlah semampumu, dan usahalah buat yang terbaik. Jika hasilnya begini/begitu, yakinlah semua itu kehendak Allah. -Mama

Terima kasih ya Allah atas teguran ini. Aku tahu ini semua dari-Mu jua. Cuma melalui mereka.
Benar kawan, kehidupan sebagai seorang pelajar tidak dapat tidak pasti kita akan berhadapan dengan ujian-ujian. Bukan asing lagi bagi kita bila tidur lambat buat esaimen, bukan asing lagi bagi kita ada kelas malam, bukan asing lagi bagi kita bila jadual full. Bukan asing juga bagi kita pembentangan, kuiz, dan midterm segala. 

Kawan,
Kita sedang di ajar menjadi dewasa.
Kita sedang di ajar menjadi matang.
Kita sedang di ajar untuk mencari redhaNya dalam setiap perbuatan.
Dan di medan menuntut ilmu ini, banyak yang Allah sedang ajar kita sebenarnya. Moga kita perasan. 


entry TAMMAT...suka? like jer..

No comments: