Bismillahirrahmanirrahim,
#24 Ramadhan 1434H
First, Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Allah berikan, sungguh kasih sayang Allah amat luas, tiada tandingan dan nilaian apapun..Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Second, Special thanks & selawat to Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, serta sahabat baginda atas contoh tauladan akhlak yang baik, pengorbanan yang melimpah ruah demi islam dan ummat hari ini.
Allah berfirman dalam Al-Quran (Surah Al-Hasyr : Ayat 18) yang bermaksud:
'Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan'.
Dear Heart, Lumrah kehidupan, bergerak maju ke hadapan. Mustahil kan berundur ke belakang. Bahkan Allah beri peluang pada kita untuk masih meneruskan tanggungjawab di pentas kehidupan ini. Paling tidak pun hingga ke hari ini, hingga saat ini. Namun berapa ramai yang memandang 'hari ini' yang Allah anugerahkan itu? Takkan kita menunggu sudah terhantuk baru terngadah? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna' ?
Dear, kita bukan terlalu kuat untuk hidup tanpa berTuhan yakni (Allah)..takkan mampu pun sebenarnya and we should remember that, Allah never leaves us, forever. tapi kita..mungkin terjadi.. ada saat kita sendiri yang menjauh dari Allah..Kita meninggalkan Allah, namun Allah tetap disitu, tidak meninggalkan kita. Setia memerhati kita, Setia memberi..Dear, Allah yang menciptakan kita, mustahil Dia mencipta kita dengan kesia-siaan. PengetahuanNya melebihi apapun, Tidak terjangkau oleh kita. Dia mengatur semuaNya dengan baik. percayalah.. Dan sebenarnya kita semua maklum bahawa Fitrah kita sukakan kebaikan. Tenang dengan kebaikan. Bahagia dengan kebaikan.
Mata hati kita ke mana selama ini? sehinggakan untuk melihat nikmat tuhan yang begitu banyak itu juga seakan-akan kita tidak pernah terlihat. Walhal, jika Allah tarik sahaja untuk sedetik nikmat itu, jelas sengsaralah hidup ini bagi kita, mengeluh tak sudah, meyalahkan mana yang patut dalam pandangan kita yang harus disalahkan, menangis tak henti-henti, lepas marah sana sini. Allah..
Dear, Nikmat Allah tak terhitung, takkan mampu kita hitung. Saya ulangi, kita takkan mampu!! Kita tahu itu, namun justeru tidak terhitunglah sepatutnya kita cuba memandang dan cuba menghitungnya walaupun tak mampu bagi membuka hati kita yang mudah alpa itu untuk memuhasabah diri dan celik hati..ubahlah cara kita memandang kehidupan ini..lihatlah dari pelbagai sudut dengan pemberian udara, cahaya, air, makanan, minuman, rumput, tumbuhan, ikan, laut, langit, haiwan, mata, tangan, kaki, mulut, hati, otak, ibubapa, adik beradik, pendidikan, tempat tinggal, kereta, dll. Sekali lagi, Allah tidak mencipta semua nikmat yang DIA berikan itu dengan sia-sia, semua akan dipertanggungjawabkan, semuanya akan disoalNya diakhirat nanti.
Selamanya, Memang sepatutnya kita malu pada Allah. Hari silih berganti, berlalu pergi ditinggalkan dan meninggalkan kita. Umur jua silih berganti. Sudahlah Menumpang
dibumi yang diciptakanNya, namun buat dosa tetap tak henti-henti, adakalanya
menginsafi kesalahan diri , setelah itu buat lagi..Ini Fakta bahawa, Semua orang islam pasti tahu tentang islam samaada 10%, 30%, 70% dan lain-lain. Hanya Allah dan individu itu sendiri yang mengetahui sejauh mana islam dalam dirinya, dalam pengetahuan dan amalannya...Entah..diri terlalu ego,
kekadang bukan tidak tahu kesalahan itu pernah dilakukan namun diulangi lagi. Seakan-akan tiada catatan bagi amal buruk dan baik. Langsung diendahkan dan diketepikan. Ingatlah bahawasanya Allah ada berfirman dalam Al-Quran (surah Al-Qamar: ayat 52-53) yang bermaksud:
'Dan segala sesuatu yang mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan. Dan segala sesuatu yang kecil mahupun yang besar semuanya tertulis.'
Dear, dihari yang dipanggil era globalisasi ini, Sebanyak mana pun orang lain cuba mencari
alternatif lain untuk menjauhkan manusia dari kebenaran, namun tidak boleh
dinafikan lagi bahawa Allah pemilik langit dan bumi, Dia Maha Berkuasa, Jika
Dia mengatakan jadi maka jadilah, Dia boleh memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya namun itu bukanlah alasan untuk diri kita kononnya menunggu petunjuk itu diberikan pada kita baru mahu berubah, baru mahu bertaubat, baru mahu kembali padaNya. Kita kena ingat, masa yang berjalan juga dengan kehendakNya, boleh berhenti juga dengan kehendakNya, apa lagi kematian yang sudah tertulis nyata bahawa tidak terlambat & tercepat walau sesaatpun. Dimana selama ini usaha kita untuk mendapatkan petunjuk Allah? Dimana selama ini doa kita? Kita boleh dan mahu sahaja berhempas-pulas untuk mumtaz(cemerlang) dalam study kita. Takkan usaha untuk berdoa memohon diberi petunjuk dan dipermudahkan dalam mentaati segala perintahNya kita tak mampu? Dia pencipta Bahagia, Dia juga pencipta
kesedihan dan segala perasaan yang kita rasa didunia ini. Dia boleh menciptakan dan boleh juga menghilangkan. PadaNya jua kita tidak
boleh menyembunyikan apapun, sedangkan bisikan hati kita Dia Maha mengetahui.
Dear, Dari lensa pemikiran kita yang terhad, memang hakikat diri hanya nampak sesuatu itu nikmat bilamana mengalami ujian seperti kesakitan,
kesedihan, penderitaan, kehilangan dan kekecewaan. Peringatan Allah terang lagi
nyata. Cuma hakikat diri..banyak dosa..tersentuh hanya seketika..di lain
masa mudah sungguh diri terleka...dengan duniawi.. kekadang mahu menahankan
prinsip diri, mahu berubah kearah kebaikan, mahu memberi contoh yang baik.
Namun, Allah maha mengetahui, diri itu sering terfikir bahawa takut terasa asing,
asing di tengah-tengah kemodenan..ya!! kita tidak boleh tipu perasaan itu
..kekadang kita boleh kuat untuk teguh berdiri dengan syariatnya namun kekadang kita jua rasa terlalu lemah untuk teguh berdiri mentaati perintahNya..Hakikat
diri, terleka dengan teknologi yang semakin canggih seperti facebook, twitter,
youtube, Instagram, blog, bisnes online, tudung, fesyen, dan lain-lain lagi.
But, Hold on dear, Hold on..Allah heard you, be patient. :)
penilaian manusia itu terhad pada apa yang dilihat, didengar dan ilmunya. Namun penilaian Allah tiada had, luas. Sungguh Allah Maha Adil dalam menilai. yes. Mungkin orang menilaimu dulu & sekarang. Dulu kamu macam tu, sekarang kamu macam ni. kekadang dirimu terlupa terpeleot sedikit, terus orang salah sangka. Takpa, Allah adalah sebaik-baik penilai dan sebaik-baik yang mengetahui tentang dirimu..teruskan berdoa..doa..doa dan doa..yang penting dont ever give up !! :) chaiyo2x!!
Allah knows..
Life is not easy, but making dua is! Pray to Allah when things get rough. At the same time, love& respect your parents, teacher, friends and so on. Be patient with them.
Dear, Allah is the most forgiver, beneficent, and most merciful. '...Tiada satu pun yang menyamaiNya. Dan Dia yang Maha Mendengar, Maha Melihat' (Asy-syura: ayat 11)
Allah juga berfirman dalam Al-Quran (surah Al-Baqarah : ayat 222) yang bermaksud:
'Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri'
Akhir kata, matangkan diri, matangkan peribadi, luaskan pandangan, kayakan pengalaman, gali ilmu sedalamnya. Teruskan mencari & mencari. Berusahalah sebaiknya. Allah sedang memerhatikan usahamu. Teruslah memberi peluang kepada dirimu untuk improve, imporve dan imporve. Kerana usaha untuk improving diri tidak akan terhenti hingga akhir hayat.
No comments:
Post a Comment