syukur dipanjatkan padaNya atas segala nikmat yang telah diberikan olehNya untuk kita hari ini. Segala puji selayaknya hanyalah untuk-Nya tuhan semesta Alam yang menciptakan saya dan kamu.
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah
itulah ucapan yang selayaknya membasahi lidah dan bibir kita apabila menerima sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup kita. wahai diri, ingatlah (Allah uji, Allah sayang) ^^ , (Allah uji, Allah rindu), (Allah uji, Allah dekat), (Allah uji, Allah lihat,)
Aku dan kamu masih di sini ' Di pentas kehidupan ini...' entah sampai bila..aku dan kamu tak tahu tentang kematian yang akan memisahkan kita itu..hanya Allah yang Mengetahui.
Lembaran 2013,
aku akui pentas kehidupan tahun ini mempunyai cerita yang sungguh bermakna pada diriku, keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan. Bukan mudah untuk diri ini melangkah ke hari ini, semuanya dengan izin Allah jua. Tipu lah kata andai dalam perjalanan pentas kehidupan ini tidak ada airmata yang jatuh, tidak ada seyum yang indah, tidak ada tawa yang berderai. Malah yang menemani hari yang silih berganti ialah, airmata, tawa, senyum, tenang, duka, dan gelisah masing-masingg berputar-putar menjadi sesuatu yang mewarnai hidup ini.
Kau sahabatku
Aku adalah sahabat kepada kamu, kamu adalah sahabat kepada aku. Jujur, aku mempunyai pendapat dan definisi sendiri mengenai perkataan yang popular ini 'SAHABAT'. Entah kenapa aku tiba-tiba terfikir mengenainya. Dulu takda pula pernah terfikir. Sungguh, mudah-mudahan apa yang aku tulis ini akan memberikan peringatan buat diriku terutamanya.
, rasanya kita bersama baru 10 bulan lebih atas satu takdir dan ketentuan illahi iaitu kelas yang sama, dulu aku bukanlah rapat dengan kamu yang kini ku gelar sahabat. Entah mengapa, hati ini rasa bahagia, rasa selesa bersama dengan kamu 'sahabatku'. Kamu mempunyai latar belakang yang berbeza dari diriku, mempunyai perwatakan yang berlainan dari diriku, mempunyai corak pemikiran yang berbeza dari diriku, mempunyai kisah silam yang berlainan dari diriku, mempunyai kisah hidup yang berbeza dari diriku, kamu adalah kamu, aku adalah aku, namun matlamat kita tetap sama iaitu Allah. Tidak dapat di nafikan, Kita dalam usaha untuk menjadi 'Sahabat'.
Aku mendefinisikan sahabat adalah orang yang kita rasa tenang bersamanya, selesa bersamanya, percaya bila bersamanya, bersedia untuk menerima maaf, nasihat, dan pandangan yang dilontarkannya, setia kepadanya, tidak menyakitinya, dan yang paling penting sama-sama berusaha memperbaiki diri sendiri di samping sama-sama membantu memperingatinya. 'Biar bersahabat Hingga ke syurga ' barulah bahagianya berkekalan selamanya. Maha suci Allah menciptakan kamu dan aku, mempertemukan kamu dan aku..Sungguh, hati ini bahagia. bahagia kerana pertemuan yang Allah aturkan ini membuatkan aku terharu. Setiap dari kamu sahabatku, mengajar aku sesuatu yang baru. Aku pelajar, sedang belajar, dan aku akan terus belajar agar redhanya ku capai. Aku ingin begitu sikapku terhadap persahabatan kita, aku tidak mahu memandang remeh persahabatan ini, aku ingin menjadi pelajar dalam persahabatan kita, dan aku juga mengharap kau sahabatku mengetahui bahawa aku juga sedang belajar untuk mengenali, memahami, dan membahagiakanmu. Engkau pasti mengetahui bahawa ianya memerlukan proses dan masa. Maafkanlah diriku andai aku pernah melukakan hatimu, terkasar dengan percakapanku terhadapmu samada sedar mahupun tidak. Duhai Sahabatku, Alangkah indahnya persahabtan yang terjalin ini andai redha-Nya yang kita cari dan ingin kita gapai. Sahabatku, Mana mungkin kita ingin melontar sahabat kita sendiri dalam kehancuran, melontar jauh dalam kebinasaan, meminggirkan terkapai sendirian dan menyisihkan dia keseorangan tanpa sebab, membiarkannya lalai menjadi mangsa keadaan dunia yang begitu mencabar dan mengaburi matanya,..
Ketahuilah, aku adalah sahabat kepada kamu, dan kamu adalah sahabat kepada aku. Aku pernah merasa aku kehilangan sahabat, dan untuk kali ini aku berharap agar persahabatan ini dipermudahkan, diredhai illahi. Aku juga masih lalai, masih juga alpa, kadang-kala lemas dalam hasutan syitan dan mainan perasaan, adakalanya aku lemah, aku jatuh, aku sedih, dan adakalanya aku diduga, di uji oleh tuhan kita . Dan aku juga tahu bahawa kamu juga pernah merasai semua itu. Aku berharap sahabat, persahabatan ini menjauhkan kita dari azab neraka yang menyala-nyala itu, Aku berharap agar kita sama-sama bantu membantu dalam persahabatan kita ini. Jika ku pandang kamu, aku bahagia, bahagia kerana Allah masih meminjamkan kamu buat aku, meminjamkan aku buat kamu. Aku bukan insan sempurna, jauh dari itu, apa yang aku tahu, aku seorang pendosa, dan aku bakal jenazah.
Ketahuilah, aku adalah sahabat kepada kamu, dan kamu adalah sahabat kepada aku. Aku pernah merasa aku kehilangan sahabat, dan untuk kali ini aku berharap agar persahabatan ini dipermudahkan, diredhai illahi. Aku juga masih lalai, masih juga alpa, kadang-kala lemas dalam hasutan syitan dan mainan perasaan, adakalanya aku lemah, aku jatuh, aku sedih, dan adakalanya aku diduga, di uji oleh tuhan kita . Dan aku juga tahu bahawa kamu juga pernah merasai semua itu. Aku berharap sahabat, persahabatan ini menjauhkan kita dari azab neraka yang menyala-nyala itu, Aku berharap agar kita sama-sama bantu membantu dalam persahabatan kita ini. Jika ku pandang kamu, aku bahagia, bahagia kerana Allah masih meminjamkan kamu buat aku, meminjamkan aku buat kamu. Aku bukan insan sempurna, jauh dari itu, apa yang aku tahu, aku seorang pendosa, dan aku bakal jenazah.
Wahai sahabatku, dari kaca mataku, persahabatan ini adalah amanah, ada tanggungjawab di dalamnya yang akan dipersoalkan oleh Allah kepada kita diakhirat nanti. Allah tidak akan memungkiri janji, pasti akan ditanyanya satu persatu, termasuk juga tentang persahabatan kita.
Sahabatku,
Semoga Allah redha dengan persahabatan yang terjalin ini,
Andai diriku diambil terlebih dahulu oleh illahi, Aku berharap agar engkau menghalalkan segala ilmu, nasihat, makanan, minuman, usaha, tenaga dan lain-lain yang telah kamu berikan kepada diriku,
Maafkan aku kerana tidak dapat menjadi sahabat yang terbaik buat dirimu,
Maafkan aku jika perangaiku melukakanmu.
Ketahuilah sahabatku, Allah tidak menciptakan kita sekadar main-main.Ada amanah yang terpikul,
& Ketahuilah Sahabatku, Dirimu sangat bernilai dan berharga. Doaku agar Allah memberikan hidayah kepada diriku, dan kamu. Marilah kita sama-sama berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. Marilah kita sama-sama saling berlapang dada, bantu-membantu, dan menjadi seorang khalifah sejati dimuka bumi ini.
I LOVE YOU sahabat
No comments:
Post a Comment