...............................................................................................
suatu petang yang begitu redup dan bersuasana romantik,
Si Ribut dan si Rebut mengambil keputusan untuk bersiar-siar ke pantai yang tak jauh letaknya dari kolej mereka.
Si rebut di maklumkan bahawa ada suatu yang penting si ribut nak beritahu, maka al-kisahnya si rebut pun bersetuju.
Di hadapan gate kolej, kelihatan si ribut berpakaian sungguh segak dengan beg galasnya membuatkan si rebut tersengih kucing memandangnya.
.............................................................................................
sesudah sampai di pantai ,si ribut & si rebut berjalan beriringan namun tidak telalu rapat seperti kebiasaannya..Tiba-tiba..
Are u normal? Tanya si ribut pada si rebut dengan reaksi muka yang serius,
(apakah pelik soalan boyfriend aku ni?)bisik hati rebut kemudian menjawab,
"of course im normal, Can't u see?"
si ribut hanya tersenyum dan menjawab "i saja nak tanya ..hehe, bagus la tu kalau u sedar"
si rebut pelik kehairanan, namun dibiarkannya saja,
"do u know, this question is asking to me too", tu la i senyum coz jawapan i sama dengan u..
berbunga hati si rebut dengan apa yg di dengarnya..
"boleh tak u tunggu kat sini jap", si ribut berlari ke pesisir pantai kemudian mengukir sesuatu di atasnya..
si rebut hanya mengangguk tanda setuju.
---------------------------------------------------
"BADAN KITA BUKAN KALIS API NERAKA"
si rebut diam dan kehairanan melihat apa yang si ribut tulis atas pasir tersebut.
melihat reaksi si rebut, si ribut lantas bersuara,
"maafkan saya rebut,..badan kita bukan kalis api neraka.
Saat saya bercakap ni jangan risau saya normal dan saya sedar. Akibat ke'normalan' dan ke'sedaran' inilah saya taknak buat awak dan saya susah, menambah dosa terus-terusan . Rebut, dulu saya pernah kata saya sangat sayangkan awak dan cintakan awak. Tapi apa gunanya semua perkataan tu kalau hakikatnya saya heret awak ke neraka. Saya heret kita untuk menempah dosa dengan free. Semua orang suka benda free kan?..Tapi kalau sebut pasal dapat dosa secara free, takkan kita nak juga? Rebut, kita ini juga "PENDOSA TEGAR", saya, awak dan kita..tahu kenapa?kerana bila di fikir secara logik akal, kita selalu kan buat dosa samada kita sedar atau tak, sengaja atau tak?...Malahan tiap-tiap hari kita buat dosa.Cuma kita yang buat tak kisah dengan dosa yang kita buat.
Kita tahu benda tu salah, kita tahu benda tu dosa.Tapi kita buat endah tak endah. Seolah-olah kita tak yakin dengan balasan dari Allah azzawajalla kelak. Saya sedar kesilapan saya selama ini dan mulai hari ini saya dan awak takda apa-apa hubungan istimewa lagi. Saya seorang pendosa tegar dan di sebabkan itulah saya sedar saya harus sentiasa alert untuk memperbaiki diri hari demi hari. Dan di sebabkan saya pendosa tegar juga, saya harus lebih meningkatkan taubat saya pada Allah, memohon ampun atas dosa-dosa, melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan hidup semata-mata mencari redha Allah. Mungkin ya,,saya perlu merangkak dan bertatih untuk menjadi insan yang lebih baik, banyak dugaan dan cabaran.Tapi saya yakin, orang yang megambil langkah ke jalan Allah tak akan pernah menyesal.
Saya tahu awak akan faham dan menghormati keputusan saya. Mulai sekarang saya nak fokus pada pelajaran saya , taknak hampakan family saya.Owh ya,..Dalam sampul surat ni saya sertakan duit RM 200 untuk awak,walaupun saya tahu nilai ini tak mampu ganti semua wang yang awak telah gunakan dalam perhubungan kita, ketahuilah saya tak nak rasa bersalah membelenggu diri dan rasa tak tenang, kerana mesti banyak yang awak guna untuk reload telefon, hadiah birthday pada saya,dan lain-lain, saya juga ingin pulangkan semua hadiah yang awak bagi saya...pendrive ni tolong ambil dan semua gambar awak yang ada dalam laptop dan handphone saya,saya dah masukkan dalam pendrive ni , takda satu pun gambar awak ada tempat saya lagi,awak jangan risau,saya juga dah padam gambar kita di facebook, twitter, blog dan
.............................................................................................................
sekali lagi saya minta maaf, semua yang saya buat ni hanya kerana Allah
p/s:cerita ini hanya rekaanku semata-mata,mohon tegur aq jika terdapat kesalahan dalam penulisan .Terima kasih kerana sudi baca ^_^
2 comments:
Assalam..walaupun rekaan semata-mata tapi tentu ada yg berprinsip demikian...syabas bagi yg berani bertindak sedemikian..
baguss entry nihh . sukee :)
Post a Comment