sesuatu yang indah ku rasa...:)
bila hati berbicara,
tangan ligat menaip kata..
Bismillahirrahmannirrahim.
segala pujian hanya bagi Allah ,tuhan semesta alam.
selawat serta salam buat junjungan besar nabi muhammad saw,keluarga serta sahabat baginda..
"KURNIAKAN AKU SEORANG YANG AKU PERLU"...
Al-isra,ayat19
"dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhiratdan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh ,sedangkan dia beriman ,maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik"
Aku membuka buku catatanku,then terpandang pada satu ayat yang tiba-tiba menarik perhatianku..
4 april 2012 ,
Bismillahirrahamnirrahim,
ya Allah,kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu,bukan seseorang yang aku mahu.
amin
sincerely
farah,@matrikulasi labuan.
Buat fara:
2/10/11 ,8.50 a.m
from :ukhty....
sahabat...berjalanlah dengan penuh harapan ..walau hidup ini tidak selalu bahagia..sedekahkanlah sebuah senyuman walau hatimu tidak mampu bertahan...belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..
hiduplah dalam iman walau hari penuh dugaan ..berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan.
Dear farah:
29/4/12,10.26 am
by: ukhty...
hidup nie penuh perjuangan ,laluilah kehidupan ini dengan tawakal padaNya.jangan rasa putus asa.Yakinlah Allah sentiasa bersamamu,jika kamu lemah menangislah dalam tahajudmu.mohon kekuatan padaNya.andaikata ana lemah pimpinlah tangan ana dan bisikkan kata-kata semangat pada ana.jangan rasa segan..semoga kamu terus sukses dan insyaAllah kita berjumpa di syurga..amin..
Setiap manusia inginkan yang terbaik unuk kehidupannya.Malahan hati aku dan hati kamu sering meronta untuk memiliki sebuah ketenangan,kebahagiaan dan merasa indah hidup bersyariat,hidup bertuhan..tetapi kekadang ,manusia ni memang sering terlupa,melupai,melupakan,buat-buat lupa,dan sering rasa dirinya betul..aku di sini bukanlah mahu mengkritik sesiapa.malahan madah kata ini,sebagai ingatan buat diriku terutamanya.
Setiap orang takkan pernah lari dari menginginkan yang terbaik unuk dirinya,apatah lagi berkaitan teman,sahabat,kawan,friends dll.
"pandangan mata selalu menipu,pandangan akal selalu tersalah,pandangan nafsu selalu melulu,pandangan hati itu yang hakiki,kalau hati itu bersih"
Semua orang tahu hidup ni hanya sementara,semua orang tahu hakikat sebuah kehidupan yang akhirnya pasti akan menemui mati.tapi sejauhmana kita tahu dan beringat dengannya?
seorang sahabat pernah mengingatkan aku "hidup ni bukan seperti yang kita mahu,tapi hidup ni seperti yang Allah mahu,kadang -kala kita memang di takdirkan tidak dapat apa yang kita mahu,tapi kita di takdirkan dapat apa yang kita perlu."
Actually apa yang mahu di highlightkan hanyalah.."dalam persahatan yang kita perlukan hanyalah keyakinan pada Allah..jika kita yakin pada Allah bahawa Allah akan pilih sahabat yang terbaik buat kita insyaAllah ,itulah sahabat yang terbaik, yang sesuai dengan siapa diri kita..orang yang bersahabat yang bermatlamatkan mencari keredhaan Allah,akan di perindahkan ukhwwah antara mereka,diikat hati-hati mereka dengan tujuan hidup yang sama iaitu mencari redha Allah,akan dikuatkan tali persahabatan yang terbina.Persahabatan yang terbina atas dasar niat yang betul,ketakwaan yang kuat pada Allah..ianya sering mengingatkan sahabatnya dalam menjaga iman dan kedekatan pada Allah.Persahabatan yang suci ia sering menjadikan rasululullah dan para sahabat contoh teladan yang terbaik dalam bersahabat.Al-quran dan as-sunnah pegangan utama.bermaafan amalan sentiasa,berlapang-dada dijadikan sandaran.Doa-mendoakan sepanjang masa"
itulah maksud "sahabat yang aku Perlu"
sahabat yang aku perlu ialah sahabat yang boleh membawaku ke jannahNya..yang tak pernah lekang untuk sering mengingatkan aku tentang hari akhirat.
Namun dalam bersahabat,bersahabatlah dengan sesiapa sahaja.agar kita dapat mengambil sesuatu pengajaran dari sifat sahabat kita..insyaAllah jika Allah bukakan hatinya,dia akan berubah jadi yang lebih baik.Sahabat kita bukannya salah pun,cuma mereka belum faham sepenuhnya ,belum tahu setahu-tahunya,..
No comments:
Post a Comment