Bismillahirrahmannirrahim.
“
Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang
baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”- (Surah al-Nur 24: ayat 26).
CINTA.
Penangannya
sungguh berbisa. Masakan tidak. Ianya menjadi isu yang tetap energetic terutama dikalangan remaja,
mahasiswa dan mahasiswi. Bila sebut saja perihal cinta semua ada definisinya,
pandangannya, mungkin pengalaman, mungkin sejarah silam dan 1001 lagi cerita.
Cinta.
Orang bercakap senang. Semua orang boleh komen itu, komen ini, cakap itu dan
cakap ini. Hakikatnya yang merasai tetap orang itu, kan. Umur begini macam ni
pandangannya terhadap cinta, umur macam ni sebegini pula. Boleh berubah-ubah. Senang
cakap. Macam ni la. Semua orang ada fasa-fasa tumbesarannya. Kita setuju itu
dan kita kena meraikan setiap pandangan itu, mungkin sahaja, dari situ kita
lebih memahami realiti hidup remaja hari ini, dan cara seseorang memandang
cinta itu. Ambil yang baik dan fikirkanlah. Namun cinta bukan sekadar
cakap-cakap sahaja dan cinta bukan sekadar komen-komen sahaja, dan berjanji-janji
sahaja. Nak bercinta kena ada Ilmu. Kena banyak membaca. Kena banyak meneroka.
Kena banyak mendengar. Kena banyak memerhati. Kena banyak muhasabah. Kena
banyak berfikir.
“Hai
orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri
memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan
bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan”-( Surah Al-Hasyr, 59: Ayat 18)
KITA.
Naluri rasa cinta itu fitrah. Skop cinta itu luas. Jangan disempitkan. Namun
tidak dinafikan bab cinta antara lelaki dan perempuanlah yang menjadi menonjol
di kalangan pemuda pemudi selama ini. Namun sejauhmana kita pernah terfikir
mengenainya dan duduk merenungi serta berbincang perihal cinta ini.
Akhir-akhir ini, Saya melihat dan memerhati,
dan saya menemui sesuatu bahawa persekitaran, kemahuan serta kesungguhan
seseorang itu dalam memahami sesuatu hal dapat meluaskan lagi pandangannya
terhadap sesuatu perkara.
Seluas
mana pemahaman kita mengenai CINTA? Atau kita selama ini menyempitkkan skopnya,
tahu tapi buat-buat tidak ambil endah? Kita buat lenggang kangkung isu cinta
ini? Tenyata kita perlukan vaksin. Cuba buka mata luas-luas. Mustahil kita
hidup berundur ke belakang. Mustahil kita sebegini saja. Cinta awak terhenti
bila si dia dah mati? Matlamat cinta awak terhenti setakat untuk didunia
sahaja? Kalau boleh panjang-panjangkanlah, biar hingga ke syurga ya..baru la
awesome!!
Bila
berbicara mengenai cinta, pernah awak terfikir mengenai tanggungjawab yang awak
akan galas? Brothers sisters sekalian dan diri saya juga, tanggungjawab kita di dunia besar kaitannya dengan akhirat kita.
Termasuk juga bab cinta-cinta ni. Awak nak buat lenggang kagkung ke? Terjun ke
alam itu tanpa persediaan? Tanpa usaha? .Di sayangi, menyayangi, gembira,
tersengih, kadang kala menangis, bergaduh. Itu saja? Beginilah, kita tolak tepi
semua tu sebentar, mari kita fikir mengenai ini.
Awak
jatuh cinta. Ada awak fikir mengenai perhubungan awak? Ada awak fikir tentang
Allah redha atau tak. Ada awak fikir, sejauhmana awak nak bawa cinta tu? Ke
syurga? Alhamdulillah jika ya. Namun hakikat sekarang. Kita harus perhati
perbuatan yang dalam bercinta tu. Nak senarai memang banyak. Tapi saya senaraikan
beberapa.
“Dan
janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang buruk”.- (Surah al-Isra 17: ayat 32)
Bermesej.
Bercalling. Bervideo call. Hantar gambar. Keluar jalan-jalan. Bukan sehari dua.
Itu awak sendiri tahu. Awak guna duit siapa? Banyak mana deria awak guna? Berbelit-belit
kan. Tenang-tenang. Mari saya jelaskan. Jika awak masih belajar, ada awak
pernah fikir tentang duit itu. Mungkin awak meminjam atau dipinjamkan oleh
PTPTN, biasiswa kerajaan Negeri, MARA, JPA,
dan mungkin dari FAMA( father dan mother). Bagaimana pula dengan amanah
masa yang sepatutnya kita gunakan dengan baik, namun habis sia-sia begitu saja?
Ada sedar? Ingatkah kita dengan hari dimana Allah akan persoalkan setiap apa
yang kita lakukan. Deria-deria kita menjadi saksi apa yang kita lakukan. Saat
mulut dikunci. Deria yang lain akan patuh dan menceritakan perihal kita
dihadapan Tuhan.
Mungkin
ya, ada yang merancang untuk berkahwin. Namun muhasabahlah, atas dasar rasa suka
sahajakah awak membina perkahwinan itu? Kita pernah dengar ini. Jika benar
cinta hendak bersama ke syurga- Hilal Asyraf. Saya amat tertarik dengan
kata-kata ini. Benar. Apalah ertinya cinta jika menghumban dan membawa kita ke
neraka. Apalah namanya cinta jika sambil lewa. Tanggungjawab dan amanah yang
ada terabai. Bagai melepas batuk ditangga? Seolah-olah ini tidak akan
dipersoalkan diakhirat kelak. Begitu?
Asyik
fikir kahwin, namun persediaannya dan usaha itu ke laut? Tak boleh juga. Belanja
bertunang, belanja hantaran, belanja kad jemputan, khemah, dewan, belanja
makanan, belanja karaoke, belanja door
gift, belanja pelamin, belanja baju kahwin, dan belanja jurugambar. Ada
pernah fikir? Itu baru untuk kos kahwin. Pernah fikir yang lebih besar dari
itu. Haaa…Amanah yang kau galas selepas itu. Nak jalan macam mana?.. Ilmu dah
ada? Planning dah ada? Planning untuk tahun pertama macam mana? Planning untuk
5 tahun akan datang? Nak tinggal dekat
mana? Bil air, belanja makan minum, kereta, nafkah. Semua itu perlu duit. Bukan
saya nak kita pandang pada duit semata-mata. Namun lebih kepada amanah itu dan
alam realiti.
Jangan hanya tahu berfantasi. This dunya is just temporary. Awak
nak keluarga yang bahagia, itu saya rasa semua orang pun menginginkannya. Cakap
saja tidak guna juga kan. Usaha ke arah itu? Maka dengan ilmulah. Belajarlah.
Dengan masa yang ada dan Allah pinjamkan ini, maka belajarlah. Sekurang-kurangnya
kita berusaha. Berusaha nak cari redha Allah. Bila Allah redha, InshaaAllah
berkatNya juga bersama.
Lagi
satu. Jika ditakdirkan awak ada rezeki zuriat. Ada pernah awak fikir bagaimana
nak didik dia? Adakah awak akan cepat melenting, dengan emosi semata-mata.
Marah-marah. Bersedia dengan tangisan budak-budak? Karenah-karenah dia? Kita
sekarang diabad ke 21. Kena sedar. Cabarannya makin ekstrim hebatnya. Anak kena
dididik dengan agama. Kena kenalkan dengan Allah. Mendidik kena ada ilmu.
Contohi sedaya mampu gaya Rasulullah s.a.w dalam mendidik.
“sesungguhnya
telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu”.-(Surah
Al-Ahzab 33: ayat 21).
Manusia
ada fasa-fasa tumbesarannya. Tahap umur begini, macam ni cara didiknya, tahap
umur begini macam ni pula cara didiknya. Ada kita kisah selama ini mengenai
itu? Ada kita usaha untuk belajar dan cari ilmu tentang itu?.
Awak salah jika
awak hanya lepaskan tugas mendidik kepada guru dan pihak sekolah. Pernah awak
bayangkan jika anak awak tanya mengenai bab-bab agama? Allah dekat mana? Ayah,
ibu, ceritakanlah mengenai nabi Muhammad? Kenapa kena solat? Pernah awak
bayangkan jika anak awak tanya, kenapa ibu ayah tak solat? Cikgu kata…? kenapa
perlu begini, begitu..pernah awak terfikir. Bagaimana awak akan jawab,
berhikmahkah? Tahukah awak cara yang sesuai?. Fikir-fikirkanlah.
Akhir
sekali, saya menyeru, diri saya terutamanya, remaja, mahasiswa, dan mahasiswi,
Perhatikanlah wajah ibu dan ayah Kita. Kenanglah mereka. Ingatlah juga, Kita
masih belajar. Fokus dan buatlah yang terbaik dalam pelajaran. Perhatikan juga
hubungan Kita dengan Allah. Dekatilah DIA. Cari wasilah-wasilah yang boleh
meningkatkan kecintaan kita padaNya. Jaga solat, dan perbaiki ibadah-ibadah
wajib. Binalah diri ke arah yang lebih baik hari demi hari.
Andai pernah
tersilap langkah, bertaubatlah, banyakkan istighfar dan jangan diragui kasih sayang
dan pengampunan Allah. Jika kita jatuh cinta, maka fikirlah dengan ilmu.
Banyakkan soal-jawab dengan diri, Allah redha atau tidak apa yang aku buat ni?
Terlalai dan melalaikan aku kah cinta ini? Pahala atau dosakah dengan perbuatan
aku ini? Dahagalah akan ilmu, belajarlah. Berkasih sayanglah dengan keluarga,
guru-guru, dan sahabat serta perbaiki dan jaga juga hubungan sesama manusia.
Dan akhir sekali, sibukkanlah diri dengan usaha pembinaan diri, dengan aktiviti
berfaedah.
“
Ketika cinta menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah
apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak?”
“Selama
kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak islam, menjaga kehormatan diri
dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita. Bukan
sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya”.
May Allah bless us.
#Artikel ini turut dipublishkan di laman AkuIslam.com
entry TAMMAT...suka? like jer..